Saksikan Drama Tak Sempurna Mencintaimu Di TV3 (Slot Akasia) Dan WeTV Malaysia

Drama Tak Sempurna Mencintaimu Di TV3 (Slot Akasia) Dan WeTV Malaysia

Drama Tak Sempurna Mencintaimu akan mengisi slot Akasia di TV3 serta aplikasi WeTV Malaysia bermula 29 Mac ini. Drama ini bakal menggantikan drama Pujaan Hati Kanda yang bersiaran sebelum ini.

Drama arahan Emi Suffian ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk 'Tak Sempurna Mencintaimu' karya Rehan Makhtar yang telah diterbitkan pada tahun 2018 yang juga antara novel best seller ketika itu. Kini diangkat ke kaca tv untuk tontonan ramai khususnya drama melayu tempatan.

Episod : 28
Tayangan : Slot Akasia TV3 dan WeTV Malaysia
Pengarah : Emi Suffian
Terbitan : Zeel Production Sdn. Bhd
Skrip : Marr Mohamad, Eja Lorena, Lynnda Sharudin dan Mufid Suhaimi
Pelakon : Redza Rosli, Intan Najuwa, Fendy Bakry dan Rita Nadira. Ianya dibantu oleh Dato’ Tamimi Siregar, Wan Maimunah, Nafiez Zaidi, Aniq Suhair, Azza Elite, Ali Reza, Shah Khan, Scha Elinnea, Naim Shamshol dan ramai lagi.

  • Intan Najuwa sebagai SIRATUL
  • Redza Rosli sebagai MUSTAQIM
  • Fendy Bakry sebagai EPUL
  • Rita Nadira sebagai MELISSA
  • Nafiez Zaidi sebagai FIQRI
  • Azza Elite sebagai KAK SITI
  • Aniq Suhair sebagai SAFWAN
  • Ali Reza sebagai KYLE
  • Shah Khan sebagai KUCA
  • Scha Elinnea sebagai MAWARDAH
  • Naim Shamshol sebagai RUDY

    Drama Tak Sempurna Mencintaimu Di TV3 (Slot Akasia) Dan WeTV Malaysia

OST Drama

Lagu Durja nyanyai Khai Bahar dijadikan OST bagi drama ini

Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Drama Tak Sempurna Mencintaimu mengisahkan tentang Mustaqim (Redza Rosli) dan Siratul (Intan Najuwa) yang masing-masing menjaga diri antara mereka dan sama-sama membentuk diri kearah kebaikan. Mustaqim berpewatakan seorang yang agak nakal dan panas baran manakala Siratul pula seorang yang penyabar, tabah dan lurus. Siratul bekerja keras demi mencari rezeki tanpa bergantung pada sesiapa pun. Pertemuan Mustaqim dan Siratul pada awalnya penuh dengan amarah tetapi akhirnya jatuh cinta.

Kisahnya bermula apabila adik Siratul telah melanggar motor kesayangan Mustaqim menyebabkan dia marah dan dengan lantang menghina gadis itu. Tapi walaupun dalam keadaan marah dia mengikuti Siratul, menggantikan perbelanjaan motor yang telah hancur dan rosak dan menghantar gadis itu pulang ke rumah dengan selamat.

Drama Tak Sempurna Mencintaimu Di TV3 (Slot Akasia) Dan WeTV Malaysia

Mengenali Siratul membuatkan Mustaqim mula merasa tenang setelah 10 tahun hatinya terluka akibat pengkhianatan yang dilakukan oleh Melisa. Melisa merupakan seorang gadis yang amat menyukainya tetapi cinta itu tidak dibalas oleh Mustaqim. Lantas untuk membalas dendam Melisa berkahwin dengan ayah Mustaqim. Difitnahnya Mustaqim sehingga ayahnya menghalau keluar dari rumah dan dia tidak pernah pulang lagi selama 10 tahun.

Dengan adanya Siratul, hati yang beku itu perlahan-lahan kesilapan semalam dia cuba hapuskan. Tanpa sedar, cinta mula berputik antara mereka. Namun, cinta mana yang tidak diuji? Hadirnya Melisa tanpa diduga, membuatkan kisah cinta mereka benar-benar dipukul badai. Adakah Siratul dan Mustaqim dapat bersatu pada pengakhirannya? Saksikan sehingga tamat drama ini.

Drama Tak Sempurna Mencintaimu Di TV3 (Slot Akasia) Dan WeTV Malaysia

Drama Tak Sempurna Mencintaimu Di TV3 (Slot Akasia) Dan WeTV Malaysia

Waktu Bersiaran

Drama Tak Sempurna Mencintaimu akan mula bersiaran pada 29 Mac 2021, iaitu setiap hari, Isnin hingga Ahad, jam 7 malam melalui slot Akasia TV3. Anda juga boleh strim secara online di aplikasi WeTV Malaysia atau di website wetv.vip sejurus selepas habis tayangan di tv, jam 8 malam.

Tonton Kesemua Episod Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15

Episod 16 | Episod 17 | Episod 18

Episod 19 | Episod 20 | Episod 21

Episod 22 | Episod 23 | Episod 24

Episod 25 | Episod 26 | Episod 27

Episod 28 (Akhir)



1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post