6,806 Kes Harian Tertinggi COVID-19 Yang Pernah Direkodkan Setakat Ini

6,806 Kes Harian Tertinggi COVID-19 Yang Pernah Direkodkan Setakat Ini

Hari ini, 20 Mei, sekali lagi Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 lebih daripada 6K iaitu 6,806 kes. Ini merupakan kes harian paling tinggi pernah direkodkan sejak wabak ini melanda Malaysia pada awal tahun 2020 yang lalu.

Pada 19 Mei iaitu semalam, kita dikejutkan dengan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 6,075 kes. Ini kerana kes tertinggi sebelum ini pun hanya 5,728 yang dicatatkan pada 30 Januari 2021. Selepas itu, tiada lagi kes tinggi dicatatkan sehingga semalam dan hari ini.

Dari pengumuman ini, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 492,302. Dari jumlah ini juga, Selangor sahaja mencatatkan sebanyak 2,277 kes, diikuti dengan Kuala Lumpur (655), Johor (615) dan Sarawak (608).

Jumlah kes mengikut negeri 

  • Selangor - 2,277 (161,584)
  • Sabah - 245 (59,909)
  • Johor - 615 (52,531)
  • Kuala Lumpur - 655 (51,897)
  • Sarawak - 608 (40,259)
  • Pulau Pinang - 362 (24,702)
  • Negeri Sembilan - 291 (21,504)
  • Kelantan -426 (20,840)
  • Perak - 248 (17,612)
  • Kedah - 417 (14,187)
  • Melaka - 212 (9,212)
  • Pahang - 157 (7,121)
  • Terengganu - 233 (6,377)
  • Labuan - 17 (2,554)
  • Putrajaya - 35 (1,606)
  • Perlis - 8 (407)

Selain itu, sebanyak 3,916 bagi kes sembuh baharu dengan jumlah kes sebanyak 440,032 setakat ini. Oleh jumlah kes aktif setakat 20 Mei 2021 adalah sebanyak 50,171 kes. Dukacita dimaklumkan, selain mencatatkan kes baharu tertinggi, hari ini juga merekodkan kes kematian tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 59 dengan jumlah keseluruhan 2,099. 

covid-19 20 mei 2021

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "6,806 Kes Harian Tertinggi COVID-19 Yang Pernah Direkodkan Setakat Ini"