Kes Menunjukkan Peningkatan, Akhirnya Kuantan Dikenakan PKP Berkuatkuasa 10 Mei Ini

Kuantan Dikenakan PKP Berkuatkuasa 10 Mei

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan dimana, seluruh daerah Kuantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 10 Mei hingga 23 Mei 2021.

Sehubungan dengan itu, aktiviti rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan sepanjang tempoh tersebut tanpa mendapat kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebelum ini, Kerajaan Negeri baru sahaja memberitahu, jika kes jangkitan dan penularan terus meningkat terutamanya di daerah Kuantan, tidak menolak untuk diadakah PKP. Selang beberapa hari, akhirnya Kuantan betul-betul dikenakan PKP.

PKP Di Beberapa Kawasan Lain

Selain daripada daerah Kuantan, PKP juga dikenakan di beberapa kawasan di beberapa negeri. Di Perak, antara kawasan terlibat adalah mukim Pengkalan Hulu dan mukim Belukar Semang iaitu di daerah Hulu Perak, Perak. Selain itu, dikenakan juga di mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan.

PKP juga dikenakan pada 3 daerah dan 3 mukim di Pulau Pinang iaitu daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Manakala kawasan mukim iaitu Mukim 12, Barat Daya, Bandar Butterworth, Seberang Perai Utara dan Mukim 14, Seberang Perai Utara.

Kesemua kawasan baru yang dikenakan PKP adalah berkuatkuasa 10 hingga 23 Mei 2021. 

SOP Lebih Ketat Dikenakan

Disebabkan kes penularan meningkat dari hari ke hari, Kerajaan mengumumkan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis di seluruh negara tidak dibenarkan bermula 10 Mei 2021. 

larangan rentas negeri dan daerah seluruh negara

Ya! tiada raya di daerah lain untuk seluruh negara. Bagi pergerakan rentas daerah untuk urusan kerja sahaja dibenarkan tanpa surat polis, tetapi mestilah mempunyai surat kebenaran daripada majikan, seperti yang dilaporkan oleh astroawani.

Selain itu, aktiviti sosial, pendidikan dan aktiviti ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam juga tidak dibenarkan. Juga tidak dibenarkan segala yang melibatkan aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh kerajaan dan swasta.

Raya cancelled... sekian

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post