Pahang Cadang Diadakan PKP di Kuantan Jika Kes Penularan COVID-19 Terus Meningkat

Pahang Cadang Diadakan PKP di Kuantan Jika Kes Penularan COVID-19 Terus Meningkat

Kerajaan Pahang bercadang untuk diadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuantan jika peningkatan kes positif COVID-19 di daerah ini terus meningkat dan tidak dapat dikawal dengan baik.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui laporan Malaysia Kini memaklumkan cadangan mengenakan peraturan lebih ketat termasuk memohon diadakan PKP di Kuantan.

Setakat ini (4 Mei 2021) tidak ada trend penurunan kes dimana jumlah kumulatif positif di Kuantan adalah sebanyak 1,470 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 143 kes daripada 9 kluster. Hari ini baru sahaja dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Tanah Putih Baru di Kuantan iaitu berkuat kuasa 5 Mei hingga 18 Mei 2021.

Kes ini dipercayai berpunca daripada penularan akibat aktiviti berbuka puasa dan moreh tanpa pematuhan SOP seperti yang ditetapkan. 

Jadi orang ramai dinasihatkan supaya menjaga penjarakan fizikal di premis makanan apabila melibatkan orang ramai ditempat yang sempit. Lagi-lagi bila tiba hari raya kelak. Janganlah diadakan PKP, pastinya tidak dibenarkan untuk rentas daerah.

Zon Merah Di Pahang

Jadi orang-orang Pahang dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan norma baharu seperti sentiasa memakai face mask, kerap mencuci tangan dan amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

BACA : SOP Aktiviti Di Masjid Dan Surau Di Seluruh Pahang Dilonggarkan Lagi

Selain itu, patuhi segala SOP yang ditetapkan bagi mengambil langkah kawalan memandangkan di Pahang kini sudah 4 daerah dalam kategori zon merah iaitu Kuantan, Temerloh, Bentong dan Raub. Manakala daerah-daerah lain berada dalam kategori zon kuning.


sumber : malaysiakini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post