Orang Temerloh Kene Tengok Telefilem Terlajak Subuh Di TV1 (Panggung RTM)

Telefilem Terlajak Subuh Di TV1 (Panggung RTM)

Panggung RTM minggu ini membawakan sebuah lagi telefilem baru, Terlajak Subuh yang akan disiarkan di TV1 pada 1 Mei 2021. Cerita yang mengisahkan 2 orang yang nak kaya, tetapi selalu terlajak subuh.

BACA : Asal-Usul Nama Daerah Temerloh. Kenapa Ianya Diberi Nama Temerloh?

Apa yang bestnya adalah telefilem ini menampilkan seorang pelakon pure daripada Temerloh iaitu Lan Siro dimana beliau menuturukan sepenuhnya dialog dalam loghat Temerloh. Jadi orang Temerloh, patut berbanggalah dengan telefilem ini. Disamping bersama pelakon hebat, Bell Ngasri.

Katanya selain pelakon orang Temerloh dan guna loghat Temerloh, ada babak-babak yang dilakonkan di sekitar Pahang seperti Kuantan dan Temerloh juga ni.

Tayangan : Panggung RTM TV1
Pengarah : Isma Yusof
Skrip : MF Kencana & Boby Wadi
Penerbit : Jaja Ishak
Produksi : Kembara Sufi Production.sdn.bhd

Telefilem Terlajak Subuh Di TV1 (Panggung RTM)

Barisan Pelakon

Antara yang terlibat di dalam telefilem Terlajak Subuh ini ialah Lan Siro, Bell Ngasri, Razak Ahmad, Zety Rashid, Amalina Aminuddin, Azuwan Arazlie, Khairilanwar Zulkifli, Eric Khoo Heng Huat dan ramai lagi.

Sinopsis Telefilem Terlajak Subuh

Telefilem Terlajak Subuh mengisahkan 2 kawan, Zam (Bell Ngasri) dan Mat (Lan Siro) telah dibuang kerja dan dihalau dari rumah sewa masing-masing kerana tidak dapat membayar sewa. Tiada tempat berteduh lalu disamun di jalanan

Mereka ditakdirkan bertemu dan mula mengenali antara satu sama lain ketika menjadi gelandangan di mana mereka terpaksa tidur di jalanan dan mengharapkan sumbangan orang ramai untuk mendapatkan makanan. Zam dan Mat perlu mengubah nasib yang dialami!

Telefilem Terlajak Subuh Di TV1 (Panggung RTM)

Telefilem Terlajak Subuh Di TV1 (Panggung RTM)

Waktu Tayangan

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Terlajak Subuh pada 1 Mei ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Panggung RTM di TV1. Anda juga boleh tonton secara online di portal rtmklik di rtmklik.rtm.gov.my

TONTON DISINI/preview/button

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post