Sedap Juga Menu Baru KFC, Burger Banjir Dengan Sos BBQ Salai Ni
Beberapa hari yang lepas, KFC mula memperkenalkan menu baru yang dinamakan KFC Burger Banjir. Burger ini sebenarnya adalah Zinger Hot & Spicy tetapi dicelup dengan Sos BBG Salai.
Jadi disebabkan tempat aku kena PKPD dan tak tahu nak buat apa. Aku order dan belilah menu baru ni dan berharap ianya tidak mengecawakan seperti apa yang aku rasa pada menu Ayam Bali sebelum ni.
Untuk impression awal, burger ini nampak sedap apabila kepingan ayam zinger direndam di dalam sos bbq tersebut. Bagi aku iklan dan burger sebenar tidak jauh beza rupanya. Kudos sekali lagi kepada KFC.
KFC Burger Banjir Dengan Sos BBQ
Seperti biasa, aku order menerusi aplikasi Foodpanda yang lebih mudah ditambah pula aku ada kod diskaun. Jika anda buat pesanan menggunakan FP, terdapat 4 variasi Burger Banjir ini dengan harga yang berbeza:
- Burger Banjir Box Meal (RM22.99)
- Burger Banjir Combo (RM18.49)
- Kombo Aneka (RM30.99)
- Burger Banjir (RM14.49)
Aku order untuk Burger Banjir Combo dimana anda akan peroleh 1 Burger Banjir, 1 Fries dan 1 pilihan minuman dengan harga RM18.49. Jika anda buat pesanan di KFC secara dine-in atau pandu-lalu, harganya bermula dengan RM12.49.
Review Burger Banjir
Setiap hidangan Burger Banjir, terdapat kepingan roti bijan, salah segar bersama mayonis dan kandungan utama iaitu kepingan ayam Zinger yang dicelup ke dalam Grill BBQ Sauce.
Untuk rasa semua sama seperti zinger burger tetapi ada perasa tambahan iaitu sos bbq tersebut. Bila anda makan bersama kepingan ayam zinger dan sos bbq rasanya sedap weh ditambah pula isi ayam yang tebal. Sos BBQ sama sahaja, tiada yang istimewa pun.
Selain itu, saiz burger juga agak besar dan rasanya kenyanglah kalau makan sorang-sorang. Ban lembut, salad segar beserta sos mayonis yang cukup. For me, tak rasa pedas pun. Nak pedas, kena guna sos cili la.
BACA : Tidak Mengecewakan Daripada KFC Zinger Cheezilla
Untuk adunan sos bbq tidaklah sampai meleleh atau 'banjir' kerana sosnya seperti agak pekat dan hanya berada pada kepingan ayam itu sahaja. Kali ini, memang semua bahagian ada sos bbq ya. Jangan risau
Aku rasa boleh dicuba sekali lagi tapi menu burger KFC kan. Rasanya macam sedikit pricey lah. Tapi kalau teringin sangat, mungkin boleh beli lagi lepas ni.
7 comments for " Sedap Juga Menu Baru KFC, Burger Banjir Dengan Sos BBQ Salai Ni"