5 Cara Tambahkan Saving Setiap Bulan Daripada Gaji Anda

5 cara tambahkan saving setiap bulan

Langkah pertama menuju ke arah kebebasan kewangan (financial freedom) adalah dengan menyimpan atau peroleh saving yang mencukup. Jadi terdapat beberapa cara untuk tambahkan tabungan setiap bulan anda

"Simpanlah wang anda", "Menabunglah dari kecil" yang ini merupakan antara pernyataan yang biasa kita dengar. "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit". Antara pepatah yang sinonim dengan sumber kewangan.

Anda mungkin bekerja tetap, ada gaji bulanan tetapi tidak wang tabungan tidaklah terlalu banyak. Anda juga mungkin bergaji beribu-ribu tetapi saving tidak bergerakan sehala bersama perbelanjaan.

Jadi ini mungkin ini adalah antara cara yang anda boleh aplikasikan dalam menambah tabungan atau saving supaya boleh digunakan ketika kecemasan mahupun dihari tua kelak.

5 cara tambahkan saving setiap bulan

1)  Bonus tahunan / prestasi

Bonus merupakan sesuatu yang menggembirakan bagi setiap pekerja. Tetapi, adakah berbaloi untuk menghabiskan semua wang bonus hasil susah paya anda selama setahun itu?

Apa kata selepas ini, perbelanjaan hasil dari bajet wang bonus ditukar. Bermaksud, membelanjakan 10% sahaja dan bakinya sebanyak 90% itu disimpan. Ini sekali gus dapat meningkatkan tabungan daripada bonus tahunan tersebut

2)  Kenaikan gaji tahunan

Perkata pertama yang perlu dilakukan ialah mentaksirkan semula bajet perbelanjaan bulanan anda untuk disesuaikan dengan gaji baru anda.

BACA : Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah

Idealnya, simpan semua kenaikan gaji anda. Tetapi, dalam dunia sebenar, berikanlah sedikit ruang untuk anda merasai menikmati kenikmatan kenaikan gaji tersebut. Tapi jangan lah melampau pula

3)  Pendapatan tambahan

Menambah wang pendapatan sudah tentaulah dapat menambahkan nilai tabungan. Sekiranya anda tidak menghabiskan kesemua pendapatan tambahan tersebut, cubalah berniaga kecil-kecilan dan yang paling mudah adalah secara online sahaja.

Kini terdapat pelbagai platform untuk anda mula berniaga seperti di Shopee. Disana anda boleh menjual pelbagai jenis barangan secara percuma. Tiada yuran bulanan atau tahunan pun. Jika anda tak tahu cara mula, boleh dapatkan Panduan Bisnes Shopee Sehingga Mampu Jana 4 Angka Seminggu disini.

Selain itu, anda boleh jadi ejen dropship dengan hasil pendapatan daripada komisyen jualan anda. Dunia teknologi kini semakin banyak peluang ditambah pula platform media sosial banyak potensi customer. Boleh juga sertai mana-mana platform affiliate. Tak perlu pegang barang pun

BACA :

Anda juga boleh lakukan pelbagai 'gig job' sebagai pekerjaan sampingan untuk peroleh pendapatan yang boleh dilakukan diluar waktu kerja hakiki sebenar.

4)  Lebihan wang perbelanjaan bulanan

Setiap bulan, majikan akan membayar gaji pada satu tarikh tetapi (atau mungkin lewat selama 2-3 hari). Apabila sampai tarikh gaji masuk, periksa penyata kewangan anda untuk memeriksa jumlah lebihan wang perbelanjaan bulanan anda bagi bulan itu.

Jika ada lebihan, tahniah anda telah berjaya untuk tidak membelanjakan wang lebih tersebut.

5)  Bersedekah dan bayar zakat

Selain menabung, anda perlu ingat, tiada gunanya mempunyai wang yang banyak sekiranya ia akan menjadi beban di akhirat kelak. Bayarlah zakat kerana ianya adalah Wajib bagi umat Islam.

Bersedekahlah kerana di dalam harta anda, Allah telah tetapkan rezeki untuk orang lain. Tetapi, adalah lebih Afdal untuk bersedekah kepada keluarga sendiri sebelum orang lain. Selain mendapat pahala sedekah, anda juga telah merapatkan tali silaturahim sesama keluarga.

Kongsikanlah kepada yang lain jika ianya bermanfaat

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

1 comment for "5 Cara Tambahkan Saving Setiap Bulan Daripada Gaji Anda"