Saksikan Drama Ali Alia Astro Prima (Slot Tiara)

Saksikan Drama Ali Alia Astro Prima (Slot Tiara)

Slot Tiara diteruskan lagi tetapi bukan drama Singapura dah. Kali ni Astro membawakan drama melayu tempatan terbaru bertajuk Ali Alia yang akan bersiaran bermula 24 Ogos 2021 di Astro Prima.

Ali Alia yang membawa kisah konflik kekeluargaan yang akhirnya memberi kesan kepada anak-anak atas tindakan ibu bapa terutamanya dalam kes penceraian.

Drama ini bukan adaptasi daripada novel, tetapi ideal asal sendiri daripada Rina Khan dan digarap penulisan skrip daripada Shida Zali , Farhana Fauri & Heyrissa Heykal

Judul : Ali Alia
Episod : 13
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis: Shida Zali , Farhana Fauri & Heyrissa Heykal
Penerbit : Pn. Hajah Bibi Hasnah Binti Mohammad Suraya Elai
Terbitan: Luqsar Kreatif Sdn. Bhd

Saksikan Drama Ali Alia Astro Prima (Slot Tiara)

Barisan Pelakon

Drama Ali Alia menampilkan pelakon seperti Fimie Don, Erynne Erynna, Erra Fazira, Rashidi Ishak, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Fahrin Ahmad, Faradhiya, Usop Wilcha, Sabrina Ali, Ahmad Iswazir Ismail, Kodi Rasheed dan ramai lagi

  • Fimie Don sebagai ALI
  • Erynne Erynna sebagai ALIA
  • Rusdi Ramli sebagai AMIR
  • Faezah Elai sebagai MAZNI

BACA : Tonton Drama Terbaru Astro Prima, Suara Hati (Slot Tiara)

Sinopsis Drama Ali Alia

Drama Ali Alia mengisahkan sepasang kembar remaja yang berlainan keadaan hidup. Si Abang, Ali hidup seperti lelaki normal manakala si adik, Alia merupakan pengidap penyakit Autism.

Pasangan tersebut bertekad untuk lari dari rumah berikutaa ibu bapa mereka yang telah membuat keputusan untuk bercerai.

Namun keadaan tersebut menjadi lebih buruk apabila salah seorang daripada mereka telah diculik sebelum sampai ke destinasi tujuan. 

Ibu Bapa Ali Alia temui jalan buntu untuk menjajaki anak mereka. Adakah mereka berjaya pertemukan mereka kembali?

Saksikan Drama Ali Alia Astro Prima (Slot Tiara)

Waktu Siaran

Jadi untuk penonton drama melayu, anda boleh saksikan drama Ali Alia setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di slot Tiara Astro Prima saluran 105 bermula 24 Ogos.

Selain itu, boleh juga strim secara online di Astro Go atau tonton secara On Demand bagi waktu yang lebih fleksibel.

Saksikan Drama Ali Alia Astro Prima (Slot Tiara)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post