Lestary : Saksikan drama Hello Jangan Tapau Cintaku di Tv3 & iqiyi Malaysia

drama hello jangan tapau cintaku tv3

Tv3 sekali lagi membawakan sebuah drama siri terbaru 2021 bertajuk Hello Jangan Tapau Cintaku menerusi slot Lestary yang telah mula ditayangkan pada 4 Ogos 2021 bagi menggantikan drama Ayahanda.

Drama dengan genre romantik komedi ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Hello, Jangan Tapau Cintaku' karya Hasreeyati Ramli yang diterbitkan pada tahun 2020.

Judul : Hello, Jangan Tapau Cintaku
Episod : 13
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Skrip : Norazwanizan Awan
Penerbit : Norley Aimi Nadiah Shaari
Produksi : Mache All Star United Sdn. Bhd.

Barisan pelakon dan watak

Nur Elisha, Nafiz Muaz, Eyka Farhana, Syeriniemyra, Lisdawati, Ellie Suriaty, Amyza Aznan, Dynas Mokhtar, Sefik Khair, Cahaya Nilam, Makwan, Badrul Muhayat, Meiza Edora, Ikhwan Khairudin dan ramai lagi

  • Nafiz Muaz sebagai ASH
  • Nur Elisya sebagai AIN
  • Syeriniemyra sebagai ALIA
  • Eyka Farhana sebagai ANNE DAYANA
  • Lisdawati sebagai MAK JAH
  • Ellie Suriaty sebagai PAK LONG
  • Amyza Aznan sebagai MAK LONG
  • Dynas Mokhtar sebagai PUAN ANISA
  • Sefik Khair sebagai HAKIM
  • Cahaya Nilam sebagai MASNIZA

    drama hello jangan tapau cintaku tv3

Sinopsis drama Hello Jangan Tapau Cintaku

Drama Hello, Jangan Tapau Cintaku mengisahkan perihal seorang gadis kampung yang bernama Ain Dheya, yang mempunyai peluang dan datang bekerja di bandar.

Memandangkan keluarganya susah, dia sudah didik untuk menjadi orang yang tidak membazir serta penjimat dan sifat yang paling tidak dapat dikikis ialah sifat tapau.

Manakala, Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong terhadap orang lain juga.

drama hello jangan tapau cintaku tv3

Kisah mereka bermula apabila Ash Fayyad menawarkan wang bernilai RM50,000 kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga adik perempuannya yang berkerusi roda. 

Ain Dheya yang terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut bagi menjaga adik Ash.

Bermacam-macam peristiwa yang terjadi selama Ain Dheya berada di rumah Ash Fayyad. Hinggakan huru-hara jadinya satu rumah itu. Adakah akan berputik cinta yang tak masuk dek akal antara Ain Dheya dan Ash Fayyad nanti?

drama hello jangan tapau cintaku tv3

Waktu bersiaran

Seperti biasa bagi slot Lestary, drama Hello Jangan Tapau Cintaku juga masih bersiaran setiap rabu hingga sabtu, jam 9.00 malam di Tv3 bermula 4 Ogos ini.

Anda juga boleh strim secara on demand menerusi aplikasi iqiyi Malaysia atau di www.iq.com sejurus selepas habis tayangan di tv, jam 10.00 malam.

Tonton semua episod drama Hello Jangan Tapau Cintaku

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 (Akhir)


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post