8 kamera keselamatan (CCTV Rumah) yang terbaik harga bawah RM200 untuk tahun 2022

8 kamera keselamatan (CCTV Rumah) yang terbaik harga bawah RM200 untuk tahun 2021

Sebelum ni aku ada cerita aku beli kamera keselamatan sebiji. Jadi kali ini, aku nak kongsi 8 lagi kamera keselamatan atau CCTV Rumah yang terbaik dengan harga bawah RM200 untuk tahun 2022 yang anda boleh dapatkan.

Sepertinya kamera keselamatan ini akan menjadi benda perlu yang diletakkan di rumah kerana berkaitan isu keselamatan. Kita pasti tak boleh pantau 24 jam rumah kita lagi-lagi bila kita tiada di rumah atau ketika kita sedang tidur.

Jadi sebagai alternatif, kita boleh pasangkan kamerak keselamatan baik di dalam rumah mahupun di luar kediaman kita. Bertujuan memantau 24 jam sekali gus meningkatkan keselamatan kawasan rumah termasuklah penghuninya.

Tambahan lagi, CCTV ini semakin lama semakin murah dan ianya juga mudah dipasang berbanding tahun sudah. Tak perlu lagi nak panggila technician untuk install CCTV tersebut. Semuanya kini berfungsi secara plug n play sahaja.

Selain itu, tak perlu juga tambahan monitor untuk paparkan rakaman CCTV, semuanya boleh dipancarkan menerusi aplikasi telefon pintar sahaja. Semua ditangan anda.

Jadi jika anda bercadang untuk membeli sebuah kamera keselamatan, ada 8 cadangan CCTV Rumah yang sesuai untuk anda dapatkan dengan harga murah kurang RM200 yang pastinya terbaik.

8 kamera keselamatan (CCTV Rumah) terbaik untuk tahun 2022

Senarai ini hanya cadangan peribadi daripada penulis sahaja. Selain itu juga disediakan pautan pembelian jika berminat terhadap barangan tersebut

1) Xiaomi PTZ

Xiaomi PTZ

Shopee/button/  Lazada/button/#1E90FF

Kamera keselamatan dari jenama Xiaomi antara yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna terutamanya dari model pertama mereka ini Xiaomi PTZ. Terdapat banyak kelebihan yang ditawarkan seperti video kualiti HD yang mampu merakam sehingga 1080P dan ianya juga boleh berputar 360° tau. Ada juga night vision, siri audio dua-hala dan sebagainya

  • Kualiti : Full HD 1080p
  • Night vision : Ada
  • Audio : Komunikasi dua hala
  • Sudut lensa : 110 darjah
  • Sambungan : Wifi
  • Waranti : 6 bulan
  • Harga RM125

2) Xiaomi PTZ 2K

Xiaomi PTZ 2K

Shopee/button/ Lazada/button/#1E90FF

Ini merupakan model terbaru daripada Xiaomi PTZ dengan menaik taraf kualiti video sehingga 2K. Ciri lain adalah sama seperti model sebelumnya dimana ianya juga boleh dikawal pusingan sehingga 360 darjah. Boleh dikawal menggunakan aplikasi Mi Home dengan sambungan wifi dan banyak lagi. 

  • Kualiti : 2K
  • Night vision : Ada
  • Audio : Komunikasi dua hala
  • Sudut lensa : 110 darjah
  • Sambungan : Wifi
  • Waranti : 6 bulan
  • Harga RM148

3) Tp-Link Tapo C210

Tp-Link Tapo C210

Shopee/button/ Lazada/button/#1E90FF

Tp-Link juga ada mengeluarkan kamera keselamatan untuk kegunaan rumah antaranya adalah model Tapi C210. Apa yang menariknya adalah ianya didatangkan dengan kualiti video 2K. Boleh mengesan pergerakan, ada night vision dan kesemuanya boleh dikawal menggunakan aplikasi sahaja (Tapo)

  • Kualiti : 2K
  • Night vision : Ada
  • Audio : Komunikasi dua hala
  • Sudut lensa : 110 darjah
  • Sambungan : Wifi
  • Waranti : 2 tahun
  • Harga RM135

BACA : Pengalaman menggunakan kamera keselamatan TAPO C210. Sangat berbaloi!

4) Xiaomi PTZ 2K Pro

Xiaomi PTZ 2K Pro

Shopee/button/ Lazada/button/#1E90FF

Sebuah lagi cctv rumah yang boleh anda dapatkan dari jenama Xiaomi dengan harga bawah RM200. Kamera ini lebih selamat berbanding senarai lain kerana lensanya dilindungi dan tersorok oleh badan kamera. Kualit adalah yang terbaik dimana kualiti video 2K dan kualiti gambar dari 3MP kamera

  • Kualiti : 2K 1296P
  • Night vision : Ada
  • Audio : Komunikasi dua hala
  • Sudut lensa : 110 darjah
  • Sambungan : Wifi
  • Waranti : 1 tahun
  • Harga RM167

5) Tp-Link Tapo C310

Tp-Link Tapo C310

Shopee/button/ Lazada/button/#1E90FF

Kamera keselamat ini adalah kalis air dan cuaca, jadinya sesuai untuk diletakkan di luar rumah. Selain daripada sambungan Wifi, ianya juga boleh sambungkan menggunaakan rangkaian Ethernet.

  • Kualiti : 3MP / 2K 1296P
  • Night vision : Ada
  • Audio : Komunikasi dua hala
  • Sudut lensa : 104 darjah
  • Sambungan : Wifi dan ethernet
  • Waranti : 2 tahun
  • Harga RM199

6) SriHome Super HD

SriHome Super HD

Shopee/button/ Lazada/button/#1E90FF

Jika anda mencari sebuah kamera keselamatan yang murah, anda boleh dapatkan dari jenama SriHome. Tapi ianya masih menawarkan kualiti kamera yang baik. Sesuai digunakan di dalam rumah dan luar rumah. Kerana ianya kalis air. Ianya juga boleh mengesan pergerakan manusia.

  • Kualiti : 3MP / Super HD (1296p)
  • Night vision : Ada
  • Audio : Komunikasi dua hala
  • Sambungan : Wifi
  • Harga RM63

7) realme Smart Cam 360°

realme Smart Cam 360°

Shopee/button/ Lazada/button/#1E90FF

Dengan betuknya yang kecil, ianya sesuai diletakkan di dalam rumah. Kualiti video yang ditawarkan cukup baik iaitu Full HD dan juga mempunyai sensor pengesanan pergerakan. 

  • Kualiti : Full HD 1080p
  • Night vision : Ada
  • Audio : Komunikasi dua hala
  • Sambungan : Wifi
  • Harga RM199

8) DAHUA IMOU Ranger 2

DAHUA IMOU Ranger 2

Shopee/button/ Lazada/button/#1E90FF

Akhir sekali bagi cctv rumah terbaik dengan harga bawah RM200 adalah dari jenama Dahua Imou. Ia mampu mengesan pergerakan manusia dan memberi alert sekiranya ada pergerakan anih. Antara cctv yang menawarkan pilihan warna cerah iaitu biru.

  • Kualiti : 2MP / Full HD 1080p
  • Night vision : Ada
  • Audio : Komunikasi dua hala
  • Sambungan : Wifi dan ethernet
  • Waranti : 1 tahun
  • Harga RM125

Jadi anda boleh buat pilihan berdasarkan saiz bajet yang ditetapkan iaitu tidak lebih daripada RM200. Semoga bermanfaat.

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post