Tonton Gerak Khas Undercover Di TV3 & iQIYI Malaysia

Tonton Gerak Khas Undercover Di TV3 & iQIYI Malaysia

Drama aksi kepolisan Gerak Khas kini kembali. Kali ini dengan Gerak Khas Undercover yang akan mula bersiaran pada 1 Oktober 2021 di saluran TV3 dan juga platform penstriman iQIYI Malaysia.

Ya, Gerak Khas edisi kali ini bukanlah sambungan daripada siri sebelum-sebelumnya kerana ianya merupakan spin-off dengan jalan cerita yang berbeza daripada drama siri terakhir Gerak Khas The Finale sebelum ini.

Jadi kesemua watak dan jalan ceritanya adalah diberikan nafas baru dalam Undercover kali ini khusus untuk penonton dan penggemar drama kepolisan seperti siri Gerak Khas ini. Kali ini pula, ramai pelakon hebat yang sertai seperti Rosyam Nor, Elizabeth Tan, Aaron Aziz, Erra Fazira dan ramai lagi.

Judul : Gerak Khas Undercover
Episod : 30
Tayangan : TV3 dan iQIYI Malaysia
Pengarah : Syafiq Yusof, C. Kumaresan, Faizal Yusof, Iskandar Kamaludin & M.S Hakim
Idea Asal : Syafiq Yusof
Penerbit : Datuk Yusof Haslam
Produksi : SKOP Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon Dan Watak

Gerak Khas Undercover menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Erra Fazira, Eizlan Yusof, Ruzana Ibrahim, Elizabeth Tan, Raja Afiq, Salina Saibi, Farid Amirul, Kumaresan, AC Mizal, Rosyam Nor, Khalida Balqis, Kenji Sawahi dan ramai lagi

  • Erra Fazira sebagai DSP Jeslina
  • Salina Saibi ASP Salina
  • Raja Afiq sebagai Malik
  • Aaron Aziz sebagai ASP Zaki
  • Rosyam Nor sebagai Tony Bono
  • Elizabeth Tan sebagai Inspektor Elly
  • Ruzana Ibrahim sebagai Inspektor Rita
  • Khalida Balqis sebagai Alia
  • Raja Afiq sebagai Inspektor Hafiz
Tonton Gerak Khas Undercover Di TV3 & iQIYI Malaysia

Sinopsis Gerak Khas Undercover

Gerak Khas Undercover mengisahkan tentang beberapa tugas risikan (undercover) bagi membanteras jenayah. Setiap episod akan memaparkan kes-kes jenayah yang berlainan. Antaranya, kes jenayah membabitkan kumpulan kongsi gelap remaja, kes pengedaran dadah dalam kalangan pelajar sekolah, sindiket penipuan jual beli kereta, kes pelacuran dan keldai dadah dalam kalangan pelajar kolej dan lain-lain. 

Ketua gengster, Tony Bono (Dato’ Rosyam Nor) yang terlibat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api dan juga bisnes kelab malam menjadi sasaran utama DSP Jeslina (Erra Fazira) dan ASP Salina (Salina Saibi) untuk menumpaskan sindiket jenayah yang dikuasai olehnya. Satu demi satu urus niaga Tony digagalkan oleh pihak polis lalu Tony mengarahkan Malik (Raja Afiq) untuk mencari pembelot dalam kumpulan mereka dengan kadar segera.

DSP Jeslina dan ASP Salina pula ditekan oleh pihak atasan untuk memberkas Tony Bono dalam tempoh 3 bulan kerana mereka telah lama mengejar sasaran ini. DSP Jeslina juga berhadapan dengan krisis dalaman undercover yang dikhuatiri telah berpaling tadah kerana mereka tidak bersependapat dalam rancangan memberkas Tony.

Jadi, DSP Jeslina telah menambahkan beberapa anggota undercover termasuk ASP Zaki (Dato’ Aaron Aziz), Inspektor Elly (Elizabeth Tan) dan Inspektor Rita (Ruzana Ibrahim) untuk mempercepatkan penangkapan Tony Bono. Selain itu, wartawan 999 iaitu Alia (Khalida Balqis) juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membuat liputan tentang kes Tony Bono. Apakah kesudahan Tony Bono dan berjayakah misi undercover ini? Selepas itu, apakah misi baharu yang bakal menanti anggota undercover ini?

Tonton Gerak Khas Undercover Di TV3 & iQIYI Malaysia

Waktu Siaran

Anda boleh tonton drama Gerak Khas Undercover setiap hari Jumaat jam 10.30 malam di TV3 bermula 1 Oktober ini. Jika tidak sempat, anda juga boleh saksikan secara online percuma di aplikasi iQIYI Malaysia sejurus selepas habis tayangan di tv.

Tonton Semua Episod Gerakh Khas Undercover

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16

Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20

Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24

Episod 25 | Episod 26 | Episod 27 | Episod 28

Episod 29 | Episod 30 (Akhir)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post