Superb! Review Filem Dokumentari Siti: Are You Ready? Di Astro First
Siapa sangka, filem pertama yang aku langgan di Astro First sejak berzaman adalah sebuah filem dokumentari iaitu Siti: Are You Ready?
Untuk pengetahuan, ianya bukanlah sebuah filem yang biasa kita tonton di tv atau di panggung wayang tetapi ianya berbentuk dokumentari menceritakan perkara disebalik sesebuah acara.
Acara tersebut adalah sebuah konsert mega yang diadakan oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza pada tahun 2019 yang lalu iaitu Siti Nurhaliza On Tour (SNOT) dimana berlangsung di 3 buah negara; Jakarta, Singapura dan Malaysia.
Aku secara jujurnya, tak ingat sangat pada tahun 2019, Tokti ada buat konsert lagi-lagi pula masa tu baru bersalin kemudian tahun sesudahnya pula Covid-19. Jadi kejadian tahun sebelumnya tak ingat pun.
Siri jelajak SNOT bermula pada 21 Februari 2019 di Istora Senayan, Jakarta Indonesia diikuti 2 Mac 2019 di Singapore Expo, Singapura dan akhirnya di Axiata Arena pada 16 Mac 2019 dengan kehadiran full house, 12,000 penonton.
Jadi sempena konsert itu, Siti Nuhaliza Production bersama Shiraz Projects bekerjasama menghasilkan filem dokumentari Siti: Are Your Ready? selepas 2 tahun ianya berlangsung.
Dokumentari Filem Siti: Are You Ready?
Doku-filem ini mula ditayangkan pada 30 Disember 2021 melalui platform Astro First. Selain itu, jika anda dari negara selain Malaysia dan Brunei atau tiada Astro, anda boleh langgan di Vimeo On Demand (kena guna VPN).
Di Astro First anda boleh sewa atau langgan dengan harga RM19.90, manakala di Vimeo dengan harga USD4.99 dan boleh tonton berulang-ulang selama 48 jam.
BACA : Cara Langgan Filem Di Astro First Untuk Tahun 2022
Tetapi doku-filem kali ini lebih menarik apabila selain daripada filem dokumentari itu sendiri disiarkan, anda juga akan disajikan dengan konsert live SNOT tersebut. Anda dapat 2 benda dengan 1 harga. Boleh layan konsert juga beb!
Review Filem Dokumentari Siti: Are You Ready?
Secara keseluruhannya, filem dokumentari Siti: Are You Ready? ini memaparkan perjalanan sebelum dan semasa perancangan konsert SNOT diadakan.
Melalui doku-filem ini, anda boleh lihat bagaimana pasukan pekerja dan produksi bertungkus lumus bekerjasama bagi menjayakan konsert mega tersebut khusus buat peminat.
Bagi aku penceritaan yang ingin disampaikan sepanjang dokumentari ini terbaik. Ditambah pula, Tokti sendiri yang menyampaikan sepanjang dokumentari ini.
Kita boleh lihat bagaimana produksi gembira dan teruja pada awalnya dan pada satu ketika seperti mereka mahu mengaku kalah disebabkan tekanan persiapan yang perlu dilakukan.
Jadi banyak emosi dimainkan pada babak tersebut. Akhirnya dengan sifat taknak mengaku kalah, teruskan juga sehingga berjaya. Ini juga babak yang dramatik dan best la bagi aku. Cuma slek sikit, tak tahu nak give up sebab apa.
Satu lagi perkara yang rasanya tak banyak penyanyi lalui yang dimasukkan dalam kisah dokumentari mereka iaitu kasih sayang seorang ibu kepada anak iaitu Siti Afiyah yang masih baby ketika itu.
Kena tinggal seharian, malam baru jumpa ibu dia. Ada kalanya, rindu sangat bawa terus ke set latihan dan macam-macam la. Ini pun best.
Tapi aku tengok tulang belakang Siti Nurhaliza dalam konsert kali ni, projek manager Shiraz itu sudah pasti dan juga manager Tokti sendiri, Kak Zie. Memang salute la dia ni. Semua buat sendiri.
Banyak lagi sebenarnya babak menarik dalam bahagian dokumentari ini sehinggalah berjaya konsert diadakan. Nak tahu lebih, pergi la langgan di Astro First atau Vimeo tu.
Tapi kalau anda rasa dokumentari itu dah best, sebenarnya bagi aku Live in Concert Siti Nurhaliza lagi best. First time tengok konsert Tokti secara penuh walaupun di tv sahaja sudah cukup meremang.
Pada Siti Nurhaliza On Tour - Live In Concert beliau menyampaikan rasanya lebih kurang 30 buah lagi berseorangan di atas pentas mega tersebut. Ada artis jemputan seorang sahaja iaitu Tulus.
Sepertinya ada beberapa slot konsert yang disampaikan seperti komplikasi lagu korus, irama Malaysia, akustik dan beberapa lagi.
Jika anda langgan doku-filem ini, bahagian tayangan konsert, shootnya diambil di Axiata Arena iaitu di Malaysia dan kadang-kala diselitkan dengan shoot dari konsert Jakarta dan Singapura. Nice weh, boleh tahu la outfit yang Siti pakai semasa konsert.
Untuk penonton dan pendengar amatur macam aku ni boleh cakap penyampaian suara Siti tiada cacat cela. Nada rendah ke tinggi ke semua sedap dengar. Macam kurang 10% je dari dia muda dulu. Memang sesuai la dengan title Penyanyi No 1 Negara.
Dalam konsert ni, anda boleh dengar lagu-lagu lama evergreen Siti sehinggalah lagu baru. Antara yang disampaikan seperti Percayalah, Nirmala, Balqis, Wajah Kekasih, Pastikan, Biarlah Rahsia, Cindai dan banyak lagi la.
Bagi aku perkara yang paling menarik sekali pada konsert Siti kali ni adalah bahagian pembukaan ataupun opening yang juga merupakan slot Irama Malaysia.
Siapa sangka, seorang penyanyi mampu membawa imej Melayu dipersada antarabangsa. Siti itu pun sudah sinonim dengan nama melayu, kemudian keterampilan, tarian, suara dan paling best adalah lagu Melayu yang direka khas daripada komposer arwah Pak Ngah. Ada juga part sedih beb!
Opening dengan beberapa buah lagu irama malaysia ni bagi aku dah cukup kuat nak tengok konsert ni ditambah dengan tarian, skrin dan permainan lampu yang berwarna-warni.
Ianya juga bagi aku persembahan terbaik yang disampaikan dalam konsert ini bila Siti Nurhaliza nyanyikan lagu NIRMALA. Dengan suara sedap, suara latar, permainan kompang, tarian yang tidak over dan yang pastinya lagu tu sedap. Memang campuran yang sungguh enak dan sedap ditonton dan dengar.
Aku tak tahulah, penyanyi Malaysia mana yang ada sekarang ni mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Siti Nurhaliza ni. Setakat ni, tak nampak lagi yang mampu ganti tempat beliau. Fokus kepada nyanyian.
Jadi untuk filem-dokumentari Siti: Are You Ready? bagi aku langganan yang sangat berbaloi di Astro First dan aku bagi 4.8/5 disebabkan bagi konsert live sekali.
Jadi kepada anda, kena tengok juga, boleh langgan sekarang dan pastinya untuk peminat tegar Siti Nurhaliza, Sitizoners memang 100% kena tengok la doku-filem ni.
Post a Comment for "Superb! Review Filem Dokumentari Siti: Are You Ready? Di Astro First"
Post a Comment