Done Booster Shot! Alhamdulillah Tiada Kesan Sampingan Selepas Ambil Vaksin Dos Penggalak Covid-19
Akhirnya selepas sekian lama, aku baru dapat panggilan temu janji untuk dapatkan booster shot atau dos penggalak vaksin Covid-19 walaupun sebenarnya boleh je walk-in dimana-mana PPV. Tapi aku malas!
BACA : Senarai PPV Bagi Suntikan Booster Secara Walk-In Di Seluruh Pahang
Sebenarnya memang boleh walk-in di klinik berdekatan ni, tapi aku takut sikit lah. Sebab kita boleh tahu kan, banyak yang kongsikan kesan sampingan serius atau dipanggila AEFI selepas ambil dos penggalak vaksin Covid-19 ni.
Tapi sampai bila sebenarnya nak takut kan. Kalau ikut data pun, 93 peratus yang menerima vaksin dos penggalak tidak mengalami gejala serius pun. Biasanya akan demam, sakit kepala, lenguh badan dan sakit pada bahagian yang dicucuk tersebut.
Jika nak dibandingkan sekiranya anda dijangkiti Covid-19 dan khuatir akan memberikan kesan yang lebih teruk. Paling aku takut sekiranya dijangkiti dan kembali sihat tetapi ada prolong Covid-19. Korang nak ke batuk sepanjang hari, nafas semput sepanjang masa disebabkan kesan virus tersebut.
Jadi sebab dah panggil untuk temu janji, aku pergi je la. Dapat vaksin jenis apa pun tak kisah. Semoga ianya menjadi asbab kepada aku dan keluarga supaya tidak dijangkiti virus pembunuh ni.
Kesan Selepas Cucuk Vaksin Dos Penggalak
Tidak boleh dinafikan, aku pun rasa kesan sampingan selepas cucuk vaksin Dos Penggalak kali ini berbanding dos pertama dan kedua sebelum ini dimana aku takda rasa kesan sampingan langsung.
BACA
- Pengalaman menerima suntikan vaksin Covid-19 untuk dos pertama dan kedua
- Status MySejahtera Bertukar Casual Contact (Warna Kuning). Apa Nak Buat?
Tetapi kesan sampingan ini bukanlah serius yang mana selepas 24 jam aku baru mula rasa sakit sikit pada bahagian cucuk tersebut. Dalam masa yang sama, aku rasa lemah badan untuk tempoh sehari juga.
Tetapi alhmadulillah, masih selera makan dan tidak demam. Cuma kena banyak rehat sahaja ketika itu. Jadi lepas sehari, kembali seperti biasa dan tiada lagi kesan sampingan yang aku rasa sehingga sekarang.
Tiada sesak nafas ke, lenguh badan ke atau kesan-kesan yang lain
Pengalaman Ambil Vaksin Dos Penggalak
Untuk pengetahuan, vaksin ketiga ini atau dos penggalak aku masih dapat jenis vaksin yang sama iaitu COMIRNATY atau biasa kita gelar Pfizer. Jadi dos pertama, kedua dan ketiga aku semua jenis Pfizer.
Tetapi hanya lokas penerimaan booster shot sahaja yang berlainan. Jika sebelum ini, aku terima vaksin di PPV Dewan Peragap, Kerdau dan kali ini lebih dekat dengan tempat tinggal aku iaitu di PPV Dewan Tun Razak, Bandar Temerloh.
Aku menerima panggilan melalui SMS pada 5 Februari dan temu janji aku adalah pada 9 Februari 2022. Jadi dalam tempoh waktu tersebut, aku perlu jawab dan beri pengesahan kehadiran. Jadi aku tick je hadir temu janji.
Prosesnya mudah sahaja tetapi sepertinya tempoh lebih panjang jika dibandingkan ketika aku terima dos pertama dan kedua sebelum ini. Dalam setengah jam juga secara keseluruhan. Mungkin sebab bilik suntikan tu tak banyak, ada 2-3 je kot rasanya.
Seperti biasa, jika anda sampai di PPV, check-in Mysejahtera dan kemudian kena lengkapkan Borang Persetujuan Suntikan Vaksin Covid-19. Kalau rajin bacalah butiran tersebut. Tanda dan isikan borang tersebut dengan lengkap dan tandatangan pada ruang akhir borang.
Kemudian hantarlah pada stesen Persetujan Vaksin. Ada yang akan sahkan persetujuan anda tersebut. Kalau rasa ada penyakit, bagi tahu sahaja keadaan anda. Jangan risau. Dah selesai, pergi ke stesen Pendaftaran.
Oh ye, jangan lupa untuk bawa telefon pintar anda bersama-sama aplikasi MySejahtera yang aktif beserta kad pengenalan. Jika tiada mysejahtera, bawa kad fizikal penerimaan vaksin dos 1 dan dos 2 sebelum ini.
Lepas dah siap daftar semua, barulah beratur untuk menerima suntikan vaksin dos penggalak. Rasanya di Temerloh ni tinggal vaksin Pfizer je kot. Ambil je la guys!
Proses suntikan berjalan seperti biasa. Tiada yang pelik pun berlaku. Selain daripada penerima vaksin dos penggalak, kanak-kanak pun ada datang untuk ambil vaksin. Tahniah kepada ibu bapa yang membawa mereka!
Dah selesai suntik, pergi ke stesen Pemerhatian pula. Jadi disini tunggu giliran untuk ambil kad fizikal vaksin Covid-19 yang baru dengan cop Dos Penggalak. Setel! Nak tangkap gambar lagi, masih ada disediakan booth. Boleh la buat kenangan.
Diharapkan dengan suntikan vaksin Dos Penggalak ini menjadi asbab dengan dapat meningkatkan sistem imunisasi badan aku bagi mengelakkan terkena jangkitan Covid-19. Alhamdulillah, setakat ini aku dan keluarga tidak pernah positif Covid-19 kecuali family akak aku je.
Orang Temerloh, pergi la ambil dos penggalak tau, lagi-lagi kalau KKM dah panggil. Sampai bila lagi nak hidup dengan virus ni weh! Sampai bila nak duk pakai facemask bagai ni. Aku nak pergi travel oversea woi!
1 comment for "Done Booster Shot! Alhamdulillah Tiada Kesan Sampingan Selepas Ambil Vaksin Dos Penggalak Covid-19"
Jom beramai-ramai pergi booster, moga jadi asbab kurang effect covid...Aamin.