Saksikan Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti Di Saluran Astro Ria Bermula 21 Mac Ini

Drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti Di Astro Ria

Menyusuli Tetuan Ang & Rahimin, drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti akan mula disiarkan pada 21 Mac 2022 menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go.

Drama siri ini merupakan karya terbaru daripada pengarah hebat Sabri Yunus yang merupakan terbitan Porcupine Sdn. Bhd. dengan kerjasama Heritage Movies Sdn. Bhd. serta hasil nukilan skrip oleh Sabri Yunus sendiri.

Naskah Pok Ya Cong Codei yang pada awalnya terkenal dengan telefilem dan kali ini kembali dengan drama siri pula dan juga merupakan kesinambungan daripada telefilem Pok Ya Cong Codei, Siti Di Hati

Episod : 16
Pengarah : Sabri Yunus
Penulis Skrip : Sabri Yunus
Produksi: Porcupine Sdn Bhd dan Heritage Movies Sdn Bhd

Drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti Di Astro Ria

Pelakon & Watak Lakonan

Antara pelakon yang terlibat dalam drama siri ini seperti Wan Hanafisu, Sabri Yunus, Eman Manan, Farid Kamil, Zee Khan, Angeline Tan, Saidi Sabri, Issey Fazlisham, Azizul Ammar, Shazia Rozaini dan ramai lagi

  • Sabri Yunus sebagai Pok Ya
  • Wan Hanafisu sebagai Mamat Ketuk
  • Zee Khan sebagai Siti
  • Eman Manan sebagai Muda Primula
  • Farid Kamil sebagai JJ
  • Saidi Sabri sebagai Halim
  • Issey Fazlisham sebagai Rosit
  • Azizul Ammar sebagai Mada
  • Shazia Rozani sebagai Sara
  • Angeline Tan sebagai Misses Liew

Sinopsis Drama Pok Ya Cong Code: Memburu Siti

Drama Pok Ya Cong Code: Memburu Siti merupakan kesinambungan daripada Pok Ya Cong Codei Siti Dihati dimana Pok Ya baru sahaja bernikah dengan isteri barunya, Siti.

Kemudian dia terpaksa datang ke Kuala Lumpur daripada Kelantan untuk mencari anak seorang Datuk yang katanya telah dilarikan orang. Disebabkan kerja tersebut, Pok Ya terpaksa meninggalkan Siti berseorangan di kampung.

Selepas selesai urusan di Kuala Lumpur, Pok Ya pulang ke kampung untuk menemui isterinya. Namun begitu, sebaik sampai di rumah, didapati Siti telah tiada yang mana Pok Ya menganggapkan Siti melarikan diri.

Jadi kali ini, Pok Ya kembali ke Kuala Lumpur untuk memburu Siti. Sebelum ini ramai tanya ke mana Siti hilang. Pok Ya yang tahu Siti ada di Kuala Lumpur dan hamilkan anaknya. Malah Pok Ya berharap Siti hamil anak lelaki yang bakal menjadi pewarisnya.

Drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti Di Astro Ria

Drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti Di Astro Ria

Waktu Bersiaran

Jangan ketinggalan untuk saksikan drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti bermula 21 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam di Astro Ria 104.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi Astro Go dan aplikasi mobile yang boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post