HBO Go Bawakan Filem Snake Eyes: G.I. Joe Origins Pada 26 Mac 2022

HBO Go Bawakan Filem Snake Eyes: G.I. Joe Origins Pada 26 Mac 2022

Jika sebelum ini ianya ditayangkan di pawagam seluruh negara, kini filem Snake Eyes: G.I. Joe Origins akan menemui penonton menerusi platform penstriman HBO Go pula pada 26 Mac 2022.

Filem arahan R. Schwentke merupakan prequel atau spinoff dari franchise G.I Joe sebelum ini yang kini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Henry Golding, Ãšrsula Corberó, Andrew Koji, Samara Weaving, Peter Mensah dan juga pelakon aksi dari seberang, Iko Uwais.

Dengan kembalinya filem ini sekali gus menghidupkan kembali saga G.I Joe iaitu selepas G.I. Joe: The Rise of Cobra (2009), kemudian G.I. Joe: Retaliation (2013) dan kini menceritakan tentang kisah lalu Snake Eyes sebelum beliau sertai pasukan G.I Joe.

Sinopsis Filem Snake Eyes: G.I Joe

Snake Eyes merupakan pahlawan tunggal yang pada sebelumnya telah berjaya menyelamantkan nyawa waris sebuah klan Jepun kuno bernama Arashikage.

Klan tersebut terkenal dikalangan para ninja yang mana telah membawa perdamaian dan keamanan dunia selama 600 tahun lamanya.

Snake Eyes kemudian diundang ke Jepun dan disana dia dilatih untuk menjadi sebahagian daripada Klan Arashikage.

HBO Go Bawakan Filem Snake Eyes: G.I. Joe Origins Pada 26 Mac 2022

Disinilah Snake Eyes belajar lebih mendalam tentang seni mempertahankan diri khususnya seni menggunakan pedang.

Snake Eyes mula senang dan selesa tinggal bersama klan tersebut. Disebabkan itu, dia dihadiahkan sebuah rumah sebagai tempat tinggal.

Namun begitu Snake Eyes sebenarnya mempunyai rahsia masa silamnya.

Rahsia tersebut bakal memberi kesan kepada kepercayaan orang-orang terdekat jika diketahui tentangnya. Kesetian Snake Eyes pun diuji. Apakah yang terjadi seterusnya?

HBO Go Bawakan Filem Snake Eyes: G.I. Joe Origins Pada 26 Mac 2022

Jangan lupa untuk saksikan Snake Eyes: G.I Joe pada 26 Mac 2022 dengan melanggan HBO Go di www.hbogoasia.my atau menerusi aplikasi mobile dengan harga RM34.90 sebulan atau RM69.90 untuk 3 bulan.

BACA : Cara Daftar Dan Langgan HBO Go 

Jadi anda boleh tonton secara ulang-ulang bersama rakan-rakan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post