Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Dibuat Secara One-Off. Ini Syarat Yang Perlu Anda Tahu

pengeluaran khas kwsp rm10,000 dan syarat permohonan

Hari ini pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan kenyataan berkaitan pengeluaran khas RM10,000 bagi mereka yang betul-betul perlukannya.

Kita sedia maklum, pengeluaran khas RM10K ini telah diluluskan oleh pihak KWSP dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, YAB Ismail Sabri beberapa minggu yang lalu.

Dikala pandemik yang melanda negara bermula tahun 2020 lagi, pastinya ramai yang terkesan kerana kehilangan kerja, tidak mampu menampung perbelanjaan harian, hutang dan sebagainya.

BACACara Daftar i-Saraan KWSP Bagi Yang Bekerja Sendiri Untuk Tahun 2022

Disebabkan itulah, Kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang KWSP bermula daripada i-Citra, i-Lestary, i-Sinar dan yang terakhir adalah Pengeluaran Khas.

Kelayakan Pengeluaran Khas

Antara syarat kelayakan bagi Pengeluaran Khas kali ini adalah

  1. Ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun
  2. Warganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
  3. Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150

Amaun Pengeluaran & Kaedah Bayaran

Jadi berapakah syarat pengeluaran minimum yang dibenarkan oleh pihak KWSP. Yang pastinya maksimum adalah RM10,000

Amaun pengeluaran minuman adalah RM50, amaun maksimum adalah RM10,000 yang mana tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan

Selain itu, untuk Pengeluaran Khas mestilah meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1. Pembayaran akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment/one-off) iaitu bermula 20 April 2022.

pengeluaran khas kwsp rm10,000 dan syarat permohonan

Pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan. Bayaran Pengeluaran Khas diberikan keutamaan berbanding pengeluaran lain.

Cara Mohon Pengeluaran Khas RM10K

Pengeluaran Khas RM10,000 KWSP boleh dibuat menerusi portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022

Manakala semakan status permohonan pula boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal atau pautan yang sama.

Jadi adalah sebaiknya, ahli perlu pastikan nombor telefon bimbit terkini berdaftar dengan KWSP. Selain itu, semak baki simpanan KWSP. Pastikan juga nombor akaun bank adalah aktif (simpanan atau semasa). Akaun mestilah di atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bersama atau akaun syarikat.

Untuk info lanjut berkaitan Pengeluaran Khas RM10,000 KWSP, anda boleh rujuk laman facebook rasmi KWSP atau portal www.kwsp.gov.my

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post