Cara Jual Beli Emas Di MIGA-i Maybank

melabur dan jual beli emas online di maybank miga-i

Tahukah anda, kini anda juga boleh mulakan pelaburan atau jual beli emas melalui Maybank apabila sebuah akaun pelaburan emas diperkenalkan iaitu Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i).

Dengan adanya produk pelaburan emas ini, anda boleh membeli dan menjual emas serta memindahkan emas secara online sahaja iaitu melalui Maybank2u. Iaitu perbankan online Maybank.

Hukum Pelaburan Emas MIGA-i (Maybank)

Sebelum kita melakukan apa-apa perkara termasuklah dalam pelaburan emas, kita perlu tahu adakah ianya patuh syariah dan boleh lakukan jual beli tersebut.

Maybank Islamic Berhad telah menyatakan pelaburan emas di MIGA-i adalah patuh syariah yang mana ianya bukan akaun emas konvensional. Jadi orang Islam terutamanya tidak perlu risau akan status bagi jalankan transaksi jaul beli.

Produk Yang Ditawarkan Daripada MIGA-i

Produk emas pelaburan yang ditawarkan menerusi MIGA-i adalah emas dengan ketulenan 999.9 yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA) tanpa perlu menyimpan emas atau bimbang akan keselematan pemegangnya.

Kelebihan Emas Di MIGA-i 

Yang paling menarik menerusi MIGA-i Maybank ini dimana, anda sebagai pengguna Maybank boleh buka akaun secara percuma dan lakukan transaksi jual atau beli dengan nilai serendah RM10 sahaja.

Kerana ianya patuh syariah, anda boleh tebus baki emas yang ada dalam akaun MIGA-i anda dengan emas fizikal bermula daripada 1 gram sehingga 1 kg emas.

Kadar Harga Emas Maybank

Jadi sebelum anda buat pembelian atau ingin jual emas, anda perlu semak terlebih dahulu harga emas semasa. Di Maybank, anda boleh semak di laman web Maybank Gold & Silver Counter Rates terlebih dahulu dan kemudian buat perbandingan di akaun MIGA-i.

Secara contoh, jika anda ingin membeli emas menggunakan akaun MIGA-i pada 1 April 2022, harga yang ditawarkan adalah RM264.88 untuk emas lebih 100g dan RM266.63 untuk emas kurang daripada 100 g.

harga Jual Beli Emas Di MIGA-i Maybank

Untuk kadar spread pun adalah sekitar 1.3% untuk emas berat 100g dan ke atas manakala 2.12% untuk emas dengan berat bawah 100g. Boleh rujuk gambar diatas sebagai perbandingan.

Cara Daftar Dan Beli Emas MIGA-i Maybank

Perkara utama yang melayakkan anda untuk buka akaun MIGA-i adalah anda perlu menjadi pelanggan Maybank dan telah daftar akaun perbankan online Maybank2u.

Jika sudah, boleh teruskan untuk daftar MIGA-i

Langkah 1
Login seperti biasa di website Maybank2u di www.maybank2u.com.my

Langkah 2
Kemudian pergi pada bahagian tab Apply > Investment dan klik Apply Now pada bahagian Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)

Cara Daftar Jual Beli Emas Di MIGA-i Maybank

Langkah 3
Kemudian anda perlu lengkapkan butiran peribadi yang diminta sehingga selesai. Jika sudah, klik pada Save & Next

Langkah 4
Tandakan pada "Yes, I have..." dan klik Save & Next

Langkah 5
Semak terlebih dahulu segala butiran yang anda masukkan. Jika sudah lengkap, klik pada butang Confirm

Cara Jual Beli Emas Di MIGA-i Maybank

Langkah 6
Kini akaun anda sudah berjaya di daftarkan tetapi masih belum aktif. Untuk aktifkan, anda perlu melabur atau beli sekurang-kurangnya RM10.

Klik pada Invest Now

Cara Jual Beli Emas Di MIGA-i Maybank

Langkah 7
Harga pastinya berbeza pada setiap masa mengikut harga emas dunia. Masukkan nilai RM atau anda boleh beli mengikut berat (gram). Klik Calculate

  • Current Standard Price untuk harga emas 100 g dan ke bawah
  • Current Preferential Price untuk harga lebih 100 gram.

Langkah 8
Untuk buat bayaran, pilih sahaja akaun simpanan anda dan jangan lupa untuk masukkan referral code aba09065 untuk dapatkan emas 0.01g  secara percuma khusus bagi pengguna baru.

Cara Beli Emas Di MIGA-i Maybank

Langkah 9
Jika sudah selesai, kli Invest Now. Kini anda sudah memilih emas digital yang tersimpan di dalam akaun MIGA-i anda.

Kalau dah cukup 1 g atau sehingga 1 kg, boleh la buat tukaran dari emas digital kepada emas jongkong fiizikal.

Selain daripada Public Gold, aku juga bukan akaun MIGA-i untuk jual beli emas. Melalui akaun ini, kita boleh tengok dengan mudah adakah emas yang kita miliki tersebut sudah untung atau sebaliknya.

untung ke labur dalam miga-i maybank

Maybank akan paparkan berapa peratus kenaikan atau penurunan emas yang anda miliki tersebut dalam waktu nyata. Jadi kalau rasa dah untung, boleh la jual kan.

Macam aku punya ada 1 g dan aku beli masa harga RM249.69 sebelum ni. Harga semasa adalah RM260.87. Kalau aku jual ada la untung sikit. Tapi biar je la.

Selain daripada ASB, Wahed dan Cryptocurrency, emas juga adalah pelaburan aku untuk jangka panjang dan untuk masa hadapan. Orang biasa pun boleh buat sendiri. Mudah sahaja.

BACA

Untuk info lanjut, anda boleh rujuk pautan Maybank MIGA-i di www.maybank2u.com.m/MIGA-i

2/Post a Comment/Comments

  1. Ada tutorial cara nak withdrawal emas fizikal miga tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah cuba lagi. Setakat ini semua jual beli digital sahaja. Tapi kalau tengok FAQ, kena pergi branch untuk redeem emas fizikal https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/wealth/gold_silver/maybank-islamic-gold-account-i.page

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post