Cara Beli iPad, Macbook Dengan Harga Student (Apple Education Price - UNiDAYS)

Cara Beli iPad, Macbook Dengan Harga Student

Walaupun dikatakan produk Apple menjual dengan harga tinggi, tetapi tahukah anda mereka juga ada buat penawaran harga yang lebih murah iaitu menerusi Apple Education Pricing dimana anda boleh beli dengan harga Student.

Dengan tawaran ini, anda boleh dapatkan harga yang lebih murah jika anda membeli dimana-mana pengedar rasmi seperti Machine, Switch, Thunder dan sebagainya. Ianya adalah program atau tawaran yang diperkenalkan oleh pihak Apple sendiri.

Siapakah Yang Layak Untuk Apple Education Price

Walaubagaimanapun ianya hanya fokus kepada beberapa golongan sahaja yang mana bukan semua orang boleh dapatkan harga murah tersebut. Ianya menawarkan kepada pelajar sekolah, kolej dan universiti, guru sekolah, pensyarah dan juga staff yang bekerja di institusi pendidikan di Malaysia.

Secara tidak langsung, untuk melayakkan anda dapat diskaun pembelian, anda kena ada bukti anda student atau guru iaitu menerusi email pelajar khusus yang diberikan oleh pihak sekolah atau universiti.

Barangan Atau Produk Apple Dan Jumlah Diskaun Yang Ditawarkan

Untuk pengetahuan juga, sebenarnya bukan semua produk Apple yang ditawarkan untuk program Apple Education Price ini yang mana senarainya kebanyakkan adalah lebih cenderung kepada pembelajaran. Jadi iPhone tiada dalam senarai yang anda boleh dapatkan diskaun.

Jadi produk yang ditawarkan adalah Apple Macbook, iPad, Mac Mini, Mac Studio, Studio Display dan iMac sahaja. Kesemua variasi ditawarkan dengan harga diskaun. Jangan risau. Sebagai contoh:

iMac

iMac 24-inch (M1, Four Ports, 2021)

  • Harga Biasa - RM6,449
  • Harga Apple Education - RM5,379

Macbook

MacBook Pro (512GB, 16-inch, 2021)

  • Harga Biasa - RM10,699
  • Harga Apple Education - RM9,999

iPad

iPad Mini 6 (256GB + Cellular)

  • Harga Biasa - RM3,529
  • Harga Apple Education - RM3,229

Ini antara perbezaan harga yang ditawarkan. Ada diskaun bermula RM300 dan sehinggalah RM700. Anda boleh tengok sendiri diskaun yang ditawarkan di website www.apple.com/my-edu/store

Cara Daftar Apple Education Pricing - UNiDAYS

Jadi sekiranya anda merupakan pelajar universiti. Anda layak untuk dapatkan harga diskaun ini tetapi dengan syarat anda mempunyai Emel Student yang diberi oleh pihak Universiti.

Sebagai contoh, sekiranya anda pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP), anda akan dapatkan emel seperti ini; <kad matrik>@stdmail.ump.edu.my. Rasanya untuk Universiti Awam, hampir sama emelnya cuma berbeza intitusi sahaja.

Sekiranya anda tak tahu, anda boleh rujuk bahagian Hal Ehwal Pelajar. Itu adalah hak anda, jadi jangan lepaskan peluang tersebut kalau anda nak beli iPad atau Macbook dengan harga yang lebih murah.

Cara Daftar Apple Education Price - UNiDAYS

Program ini juga hanya ditawarkan pembelian secara online sahaja iaitu di website rasmi apple.com dan tiada di mana-mana pengedar rasmi. Jadi nak tahu macam mana anda boleh beli produk Apple dengan harga student, boleh ikuti langkah dibawah

  1. Pergi ke laman web Apple Education di www.apple.com/my-edu/store dan klik "Get verified with UNiDAYS"
  2. Untuk yang masih belum pernah beli apa-apa produk menerusi UNiDAYS, boleh klik "Continue"
  3. Disini adalah bahagian paling penting iaitu anda perlu masukkan "Emel Student" anda beserta password yang akan digunakan. Pilih "Student" dan janitan. Jika sudah, klik "Join Now"
  4. Akhir sekali untuk pengesahan atau verify account, masukkan nama anda beserta intitusi yang anda sedang belajar sekarang dengan tahun pengajian. Pastikan semuanya lengkap. Jika sudah, klik "Continue"
  5. Untuk pengesahan, anda boleh menggunakan portal universiti anda atau menggunakan emel. Lebih mudah guna emel sahaja. Klik "Verify using email"
  6. Jadi pihak Apple akan hantar satu emel. Anda boleh buka di Outlook dan klik pada butang "Verify Now". Akan dipaparkan "Successfully verified". Boleh dah beli iPad/Macbook lepas ni.

Cara Beli Produk Apple Dengan Harga Student (Apple Education Price)

Sekiranya anda sudah berjaya untuk verify akaun UNiDAYS anda, kini anda boleh beli mana-mana produk Apple yang ditawarkan dengan harga student.

  1. Pergi semula ke website Apple Education di www.apple.com/my-edu/store dan disini akan dipaparkan semua produk Apple dengan paparan harga istimewa.
  2. Jadi anda boleh beli seperti biasa seperti contoh iPad Mini 6. Pilih spesifikasi yang anda mahu dan akhir sekali klik "Add to Bag"
  3. Semak terlebih dahulu segala produk yang anda pesan. Jangan risau, semuanya free shipping. Anda boleh "Check Out" jika semua dah ok.
  4. Sign in terlebih dahulu menggunakan Apple ID. Kalau tiada, boleh proceed untuk Guest Checkout
  5. Masukkan butiran peribadi seperti nama dan alamat dan buat pembayaran sama ada menggunakan kad debit atau kad kredit sahaja. Akhir sekali klik "Place Your Order". Selesai!

Anda akan dapat tarikh bila produk anda tersebut sampai ke rumah anda. Ianya berbeza mengikut barangan. Kebiasaanya, produk tersebut adalah dari Singapura atau dari China. Ikut pengalaman, ianya sampai seminggu lebih awal.

Order iPad Mini 6 Guna Apple Education

Untuk pengetahuan sepanjang pandemik sebelum ini, sebenarnya Apple ada bukan tawaran harga tersebut kepada semua pembeli dan bukan terhad untuk pelajar sahaja. Aku beli iPad Mini 6 ketika itu tanpa menggunakan emel pelajar pun. Aku tak tahu sama ada ketika itu ada error atau apa yang berlaku di website.

BACA5 Sebab Kenapa Aku Beli iPad Mini 6th Gen 2021

Selepas pandemik sedikit reda seluruh dunia, barulah Apple mengenakan kembali syarat yang mana anda perlu ada emel student kalau nak dapatkan Apple Education Price sehingga hari ini.

Nak bagi tahu juga, aku dah habis belajar sejak 2017 lagi, tetapi aku masih lagi boleh verify menggunakan emel UMP aku untuk UNiDAYS sehingga 2022 ni. Tak tahu la kenapa. Mungkin anda juga boleh cuba.

1/Post a Comment/Comments

  1. Salam. Cmna apple approve pembelian ipad ? Apple reply ke email student yg awak bg tu ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post