Drama Bisik-Bisik Geloran Di TV3

Drama Bisik-Bisik Geloran Di TV3

Saksikan drama Bisik-Bisik Gelora yang akan mula menemui penonton pada 21 Mei 2022 yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Ahad pada jam 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3 dan strim secara online di www.hotstar.com/my

Drama 35 episod ini ditayangkan selepas 7 Hari Mencintaiku 3. Ianya merupakan drama adaptasi dengan novel yang sama, Bisik-Bisik Gelora karya Fauziah Ashari yang diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Riza Baharudin dengan penghasilan skrip oleh Intan Zarina Mohd Yasin.

Sinopsis Drama Bisik-Bisik Gelora

Drama Bisik-Bisik Gelora menampilkan barisan pelakon ternama seperti Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Mark Adam, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Damia Qaissarah dan ramai lagi

  • Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin
  • Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
  • Gambit Saifullah sebagai Fakhri
  • Hafidz Roshdi sebagai Wari
  • Ruminah Sidek sebagai Nek Muya
  • Afifah Nasir sebagai Nada
  • Kodi Rasheed sebagai Yahya
  • Shakilla Khoriri sebagai Juni

⏩ Tonton Drama Bisik-Bisik Gelora - Link 1 | Link 2 | Link 3

Ianya mengisahkan tentang Jad iaitu seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda.

Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan kemudian dipenjarakan.

Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam.

Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.

Drama Bisik-Bisik Geloran Di TV3

Drama Bisik-Bisik Geloran Di TV3

Drama Bisik-Bisik Geloran Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post