Drama Cinta Hilang Kata Di Astro Prima

Drama Cinta Hilang Kata Di Astro Prima

Saksikan drama bersiri Cinta Hilang Kata yang akan menemui penonton bermula 18 Julai 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 6.00 petang di slot Tiara Astro Prima dan boleh strim juga secara online di Astro Go.

Cinta Hilang Kata merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Haslina Nasir bagi menggantikan Dendam Seorang Isteri. Ianya merupakan terbitan Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Kyoll Hamzah dengan nukilan skrip daripada PGRs Team.

Drama 40 episod ini juga menggunakan lagu Bahagiakan Dia nyanyian daripada gandingan hebat Liza Hamin dan Shila Amzah. Komposer daripada Aliff Iskandar dan lirik bersama Aliff Iskandar dan Que Afiq.

Sinopsis Drama Cinta Hilang Kata

Drama Cinta Hilang Kata menampilkan barisan pelakon seperti Sophia Albarakbah, Shahz Jaszle, Iqram Dinzly, Nelissa Nizam, Liza Abdullah, Hariz Hamdan, Azhar Sulaiman, Syazwan Zulkifly, Aida Aris, Azri Iskandar, Talha Harith, Nadia Kesuma, Fadilah Mansur dan ramai lagi.

  • Sophia Albarakbah sebagai Nurul Masmin
  • Shahz Jaszle sebagai Rain Akhtar
  • Iqram Dinzly sebagai Amirul
  • Nelissa Nizam sebagai Sabirah
  • Liza Abdullah sebagai Jah Gayah
  • Hariz Hamdan sebagai Zaili

Tonton Drama Cinta Hilang Kata - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Nurul Masmin yang menjadi seorang penulis atau pengarang yang dikenali ramai ketika di universiti dengan sokongan teman lelakinya, Rain Akhtar. Walaubagaimanapun, dia terkejut apabila ibunya bertegas agar dia berkahwin dengan Amirul, anak kepada Jah Gayah iaitu seorang pengasuh, dengan pujukannya.

Oleh kerana itu, Nurul mengikuti hasrat ibunya dan meneruskan perkahwinan itu, tanpa meyedari bahawa  perkahwinan itu sebenarnya adalah sebuah penipuan Jah Gayah untuk mengambil kekayaan keluarganya.

Jah Gayah sangat bencikan Nurul kerana cintanya pada ayah Nurul tidak berbalas. Perkahwinan kepada Nurul hanyalah pembukaan jalan kepada Jah Gayah untuk hidup dalam kemewahan semata-mata. Sepanjang perkahwinannya, Nurul tidak pernah berasa bahagia kerana semua yang dia lakukan adalah untuk menjaga hati ibunya sahaja.

Setelah kematian ibunya, Nurul tekad untuk bercerai. Tindakannya itu membuatkan Jah Gayah meradang. Nurul pula menderita akibat terkena sihir yang dilakukan oleh ibu Sabirah, rakan sekerjanya yang cemburu dengan kehidupannya. Mujur Nurul mempunyai rakan baik seperti Ezra, Wanie dan Deena yang sentiasa ada disisinya.

Rain pula tidak putus asa mengejar cinta Nurul. Nurul sering mengelak kerana trauma dengan apa yang pernah berlaku dan dia juga tidak mahu di gelar perampas. Bolehkah Nurul Masmin mencari cinta semula? Adakah kehidupannya akan menjadi bahagia?

Drama Cinta Hilang Kata Di Astro Prima

Drama Cinta Hilang Kata Di Astro Prima

Drama Cinta Hilang Kata Di Astro Prima

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post