Jadual Suku Akhir Piala FA 2022

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala FA 2022

Piala FA Malaysia 2022 kini sudah memasuki pusingan Suku Akhir dimana bakal mempertemukan 8 pasukan terbaik daripada semua peringkat Liga Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada hari yang sama iaitu 23 Julai 2022.

BACA : Jadual Perlawanan Peringkat Separuh Akhir Piala FA Malaysia 2022

Bagi pusingan Semi Final ini bakal menampilkan 7 pasukan daripada Liga Super iaitu Terengganu FC, Sabah FC, Selangor FC, Melaka United, JDT, Sri Pahang dan Penang FC. Manakala Kuching City FC satu-satunya wakil daripada Liga Premier.

Seperti yang diumumkan pada awal pertandingan, kali ini tiada aksi timbal balik bagi peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir untuk Piala FA Malaysia 2022. Jadi kesemua pasukan akan menghabiskan perlawanan dalam sekali permainan sahaja.

Jadual & Keputusan Perlawanan Suku Akhir Piala FA 2022

Kesemua 4 perlawanan peringkat suku akhir akan diadakan pada hari yang sama iaitu pada hari Sabtu, 23 Julai 2022. Jadi untuk penyokong bola sepak tanah air, jangan lupa untuk datang ke stadium untuk berikan sokongan kepada pasukan anda.

Jika tidak berkesempatan, jangan risau anda masih boleh saksikan perlawanan secara langsung yang akan dibawakan menerusi saluran UnifiTV, unifi playTV atau Youtube Unifi yang ianya boleh ditonton secara percuma.

Selain itu, bagi perlawanan mempertemukan Melaka United FC dan Johor Darul Ta'zim akan disiarkan secara live menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM serta rtmklik.rtm.gov.my

Berikut merupakan senarai jadual dan waktu perlawanan yang melibatkan semua pasukan di peringkat Suku Akhir Piala FA Malaysia 2022

23 Julai 2022 (Sabtu)

Sabah FC (0) - (2) Selangor

  • Hyuri 1'
  • Caion 81'

Masa : 7.30 Malam
Tempat : Stadium Likas, Sabah
Tayangan : Unifi Sport 4
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Sri Pahang FC (2) - (5) Penang FC (AET)

  • Steven Rodriguez 12'
  • Azwan Aripin 30'
  • T. Saravanan 45+2'
  • Hial El-Helwe 86' 99'
  • Lucas Silva 96'
  • K. Thivandran 118'

Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang
Tayangan : Unifi Sport 5
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Terengganu FC (4) - (1) Kuching City FC

  • Faiz Nasir 20'
  • Amir Amri Salleh 43'
  • Tchetche Kipre 73', 79'
  • Faisal Halim 87'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak Terengganu
Tayangan : Unifi Sport 3
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Melaka United FC (1) - (2) Johor Darul Ta'zim

  • Hazwan Bakri 4'
  • Sony Norde (P) 84'
  • Bergson da Silva 90+3'

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium Hang Jebat, Melaka
Tayangan : Unifi Sport 1 & 2, TV Okey dan Sukan RTM
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala FA 2022

Agaknya pasukan manakah yang bakal menempah slot ke peringkat Separuh Akhi Piala FA 2022 kelak?

Kemaskini : Johor Darul Ta'zim, Selangor FC, Terengganu FC dan Penang FC layak ke peringkat Separuh Akhir Piala FA Malaysia 2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post