Jadual Acara 100m Azeem Fahmi Di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 Colombia

Jadual Acara 100m Azeem Fahmi Di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 Colombia

Atlet Malaysia kini melakar sejarah lagi apabila Azeem Fahmi telah memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 B20 di Cali, Colombia.

BACA : Acara 200m Yang Disertai Oleh Azeem Fahmi

Pelari remaja tersebut mencatatkan masa 10.09 saat sekali gus memadam rekod lama milik Khairul Hafiz Jantan iaitu dengan masa 10.18 saat. Dengan itu juga, telah melayakkan beliau ke peringkat Separuh Akhir bagai acara tersebut.

Muhammad Azeem Fahmi mencatatkan catatan tersebut pada peringkat saringan dan menjadikannya kedua terpantas dalam kalangan 60 peserta. Paling pantas pada peringkat tersebut adalah daripada pelari Botswana iaitu Letsile Tebogo yang sekali gus mencipta rekod baru kejohanan iaitu 10.00 saat.

Dengan catatan tersebut juga, Azeem Fahmi, 198 tahun kini menjadi pelari remaja terpantas Asia mengatasi atlet Jepun iaitu Hiroki Yanagita, 19, yang memegang catatan 10.16s, diikuti juara Sukan SEA Hanoi, Puripol Boonson dengan catatan 10.19s.

Adakah Azeen Fahmi akan melakar sejarah menjadi atlet pertama Malaysia mencatat masa bawah 10 saat bagi acara 100 meter.

Jadual & Keputusan Acara 100m Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022

Untuk peminat sukan tanah air, peringkat Separuh Akhir bagi acara 100 m lelaki untuk kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 akan berlangsung pada 3 Ogos 2022 waktu Malaysia.

Acara ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 811 atau anda boleh strim secara online menerusi Astro Go dan aplikasi mobile.

Terdapat 3 Heat pada peringkat Separuh Akhir dan wakil Malaysia, Azeem Fahmi berada dalam Heat 3. Acara 100 meter lelaki akan bermula pada jam 4.40 pagi waktu Malaysia dan giliran Azeem Fahmi akan tiba pada jam 4.56 pagi.

2 pelari terbaik bagi setiap Heat bersama 2 pelari dengan masa terpantas akan layak peringkat Akhir yang dijadualkan berlangsung pada hari yang sama pada jam 6.55 pagi.

Peringkat Separuh Akhir (Semi Final)

Azeem Fahmi (100m) - Heat 3

  • 10.19s (Layak ke Final) Q

Tarikh : 3 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 4.40 Pagi
Venue : Stadium Pascual Guerrero Olympic, Cali, Colombia
Tayangan : Astro Supersport 811
Live Streaming : Link 1 | Link 2Link 3

Peringkat Akhir (Final)

Azeem Fahmi (100m) - Lorong ke-8

  • 10.14s (Tempat ke-5)

Tarikh : 3 Ogos 2022 (Rabu)
Masa : 6.55 Pagi
Venue : Stadium Pascual Guerrero Olympic, Cali, Colombia
Tayangan : Astro Supersport 811
Live Streaming : Link 1 | Link 2 | Link 3

Untuk melihat senarai pelari yang layak bagi peringkat Separuh Akhir dan akhir bagi acara 100 meter Lelaki, anda boleh layari laman web rasmi di worldathletics.org/world-athletics-u20-championships/cali22/results/men/100-metres/semi-final

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post