Jadual Acara 200m Azeem Fahmi Di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 Colombia

Jadual Acara 200m Azeem Fahmi Di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 Colombia

Selepas memecahkan rekod kebangsaan pada acara 100m dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 baru-baru ini, Azeem Fahmi meneruskan cabaran acara pecut dalam 200m pula yang dijadualkan bermula pada 4 dan 5 Ogos 2022.

Pelari pecut negara tersebut telah menamatkan cabaran dalam acara 100m di tempat ke-5 pada pusingan akhir dengan catatan 10.14s. Ianya pasti keputusan yang membanggakan untuk atlet tersebut sekali gus membanggakan Malaysia.

Kali ini dengan keazaman yang sama, Azeem Fahmi akan membawa cabaran negara di acara 200m bermula pada peringkat saringan dan jika berjaya akan mara ke pusingan separuh akhir dan sehinggalah ke final.

Jadual & Keputusan Acara 200m Kejohanan Olahraga Remaja 2022

Dengan keputusan yang baik daripada acara 100m, pastinya peminat-peminat sukan tanah air tertunggu-tunggu untuk acara seterusnya yang disertai oleh wakil negara tersebut.

Jadi jangan risau, anda boleh saksikan sukan olahraga untuk acara 200m menerusi saluran Astro Supersport 811 atau boleh juga strim secara online di Astro Go atau menerusi aplikasi Sooka.my.

Ini merupakan jadual dan keputusan bagi acara pecut 200m dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 Cali Colombia dengan melibatkan atlet Azeem Fahmi

*Tarikh dan masa dalam waktu Malaysia

4 Ogos 2022 - Peringkat Saringan (7 Heat)

Azeem Fahmi (200m) - Heat 3 (Lorong ke-8)

  • 20.83s (Tempat pertama dan layak ke Separuh Akhir) Q

*Untuk peringkat saringan, hanya 3 pelari terbaik bagi setiap Heat akan berjaya ke peringkat separuh akhir bersama-sama 3 pelari dengan catatan masa terpantas.

Hari : Khamis
Masa : 12.39 Pagi
Venue : Stadium Pascual Guerrero Olympic, Cali, Colombia
Tayangan : Astro Supersport 811
Live Streaming : Link 1 | Link 2

4 Ogos 2022 - Peringkat Separuh Akhir

Azeem Fahmi (200m) - Heat 2 (Lorong ke-4)

  • 20.97s (Tidak berjaya untuk mara ke peringkat akhir)

Hari : Khamis
Masa : 4.35 Pagi
Venue : Stadium Pascual Guerrero Olympic, Cali, Colombia
Tayangan : Astro Supersport 811
Live Streaming : Link 1 | Link 2

5 Ogos 2022 - Final

  • Tiada wakil Malaysia

Hari : Jumaat
Masa : 7.00 Pagi
Venue : Stadium Pascual Guerrero Olympic, Cali, Colombia
Tayangan : Astro Supersport 811
Live Streaming : Link 1 | Link 2

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 Cali Colombia, anda boleh rujuk di laman web rasmi di worldathletics.org/world-athletics-u20-championships-cali-2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post