Drama Adakah Engkau Menungguku Di TV3

Drama Adakah Engkau Menungguku Di TV3

Saksikan drama terbaru Adakah Engkau Menungguku yang akan menemui penonton mulai 29 September 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

Drama 15 episod yang bakal menggantikan Cinta Buat Dara ini merupakan terbitan syarikat produksi OrangeTree Production, diarahkan oleh Azmi Hata dengan penulisan skrip bersama daripada Amin Shakib, Anina Sahal dan Eja Lorena.

Sinopsis Drama Adakah Engkau Menungguku

Drama Adakah Engkau Menungguku menampilkan barisan pelakon seperti Wanna Ali, Adam Lee, Neera Azizi, Farhan Asri, Nabil Aqil, Syafitee, Wani Kayrie, Bella Astilah, Sherry Ibrahim, Wan Nor Azlin, Enot, Fiza Thomas, Ameerul Asyraf, Elanie Aidid dan ramai lagi.

  • Wanna Ali sebagai Ariana Amran
  • Adam Lee sebagai Ikmal Hanafi
  • Neera Azizi sebagai Lara Sofea
  • Farhan Asri sebagai Azman Malek
  • Nabil Aqil sebagai Reza
  • Syafitee sebagai Zain
  • Wani Kayrie sebagai Tina
  • Bella Astilah sebagai Maya
  • Sherry Ibrahim senagao Maksu Aini
  • Wan Nor Azlin sebagai Datin Fauziah
  • Enot sebagai Mak Long
  • Fiza Thomas sebagai Lisa

⏩ Tonton Drama Adakah Engkau Menungguku - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang kehidupan Ariana yang terpaksa melupakan kekasihnya untuk berkahwin yang terjalin selama 8 tahun kerana teman lelakinya dipaksa oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga.

Selepas itu, dengan kehadiran Ikmal telah mengubah hidup Ariana setelah takdir menghubungkan kehidupan mereka berdua. Ikmal juga telah kehilangan teman wanitanya kerana enggan mengikutnya ke Australia demi menjaga kedua orang tuanya.

Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya. Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh. Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya.

Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan. Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?

Drama Adakah Engkau Menungguku Di TV3

Drama Adakah Engkau Menungguku Di TV3

Drama Adakah Engkau Menungguku Di TV3

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post