Jadual Perlawanan Semi Final Inter-Zone AFC Cup 2022 (KL City VS ATK Mohun Bagan)

Semi Final Inter Zone AFC Cup 2022 KL City vs ATK Mohun Bagan

Bukan biasa-biasa ni. Selepas berjaya di pusingan akhir Zon Asean, Kuala Lumpur City FC kini bergerak ke pusingan Semi Final Inter-Zone AFC CUp 2022 pula bertemu ATK Mohun Bagan pada 7 September 2022 bertempat di Stadium Salt Lake, Kolkata India.

Sebelum ini KL City FC telah berjaya menumbangkan wakil Indonesia di peringkat akhir Zon Asean dengan 5 gol berbalas 2 bertempat di Stadium Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2022 yang lalu sekali gus berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.

BACA : Keputusan Final Zon Asean AFC Cup 2022

Jika sebelum ini, pasukan yang terkenal dengan gelaran The Hawks bertemu pasukan di peringkat Asia Tenggara sahaja. Kini di peringkat Inter-Zone mereka akan berdepan dengan pasukan yang lebih kuat di peringkat Asia dan kali ini ATK Mohun Bagan adalah wakil daripada India.

ATK Mohun Bagan merupakan antara kelab terkuat dalam saingan India Super League dimana pada musim 2021-2022 mereka telah menamatkan cabaran dalam liga di kedudukan ketiga dengan mengumpul 37 mata dan hanya kalah 3 perlawanan sahaja.

Adakah KL City mampu untuk menandingi kekuatan pasukan tersebut di peringkat Asia seperti di AFC Cup kali ini? Nantikan...

Jadual & Keputusan Perlawanan Semi Final Inter-Zone AFC Cup 2022

Seperti biasa, kejohanan AFC Cup 2022 akan terus ditayangkan di saluran Astro dan untuk peringkat Semi Final Inter-Zone ini akan disiarkan di Astro Arena 2 802 atau boleh juga tonton secara online di astrogo.astro.com.my dan sooka.my

Selain itu, jika anda tiada Astro, anda boleh strim secara online dengan melanggan www.elevensports.com berharga RM17.50 sebulan. Jadi peminat bola sepak atau penyokong KL City jangan terlepas untuk saksikan perlawanan ini.

7 September 2022 (Rabu)

  • ATK Mohun Bagan (1) - (3) KL City FC
    • Paulo Josue 60'
    • Ali Molla 90'
    • Fakrul Aiman 90+2'

*KL City mara ke Final Inter-Zone AFC Cup 2022 (Semi Final AFC Cup)

Masa : 9.30 Malam
Tempat : Stadium Salt Lake, Kolkata, India
Tayangan : Astro Arena 2 (802) & elevensports.com
Live Streaming : Link 1 | Link 2Link 3

- KL City bakal berdepan kelab dari Uzbekistan iaitu Sogdiana Jizzakh di Final Inter-Zonal AFC Cup pada Oktober depan

Jadual Perlawanan Semi Final Inter-Zone AFC Cup 2022

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post