Senarai Pemenang Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS 3)

Senarai Pemenang Muzikal Lawak Superstar 3

Kumpulan UBI diumumkan juara program Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil pada 23 September 2022 yang turut dipancarkan di Astro Warna.

Ubi dianggotai oleh Namie, Fad dan Sharif itu sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 beserta trofi yang telah diumumkan dalam pentas akhir MLS3

Kesemua empat finalis pada malam tersebut iaitu Ubi, Cili, Bahroy dan Ood telah memberikan persembahan dengan dua pusingan iaitu pusingan pertama bertemakan Benua, manakala pusingan kedua dengan tema bebas.

BACA : Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS 3) Tahun 2022

Tempat kedua menjadi milik kumpulan CILI yang dianggotai oleh Ali Puteh, Achey dan Shiha Zikir yang membawa pulang wang tunai RM75,000 juga bersama trofi.

Salah seorang anggotanya, Shiha Zikir turut menerima gelaran Superstar musim ini.

Manakala kumpulan BAHROY yang mempunyai ahli kumpulan Nizam Jentik Jentik, Shashic Iewan dan Roy Azman muncul tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Ahli kumpulan terdiri daripada Man Raja Lawak, Chiwan dan Zahid daripada kumpulan OOD terpaksa akur di tempat keempat dengan menerima wang tunai RM25,000 beserta trofi.

⏩ Dapatkan Koleksi Himpunan Lawak - DISINI

Kesemua finalis pada malam final telah diadili oleh 50 peratus daripada juri tetap iaitu Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali, manakala 50 peratus lagi adalah undian penonton yang dibuat menerus website gempak.

Pentas akhir yang dihoskan oleh gandingan baru Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom dan Sharnaaz Ahmad itu juga turut dimeriakah dengan persembahan daripada Luqman Hafidz dan Khir Rahman.

Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) tahun 2022 telah berlangsung selama 10 minggu, setiap hari Jumaat pada jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Warna 107 dan Astro Go.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post