Drama Sentuhan Najwa Di TV3

Drama Sentuhan Najwa Di TV3

Saksikan drama Sentuhan Najwa yang akan menemui penonton mulai 26 Oktober 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 atau boleh juga strim secara online di platform penstriman Disney+ Hotstar untuk tontonan lebih awal.

Drama bersiri 13 episod bukan adaptasi yang bakal menggantikan Adakah Engkau Menungguku ini merupakan terbitan syarikat produksi Nuansa Sdn. Bhd., diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dengan nukilan skrip daripada Aizad Zaidi.

Sinopsis Drama Sentuhan Najwa

Drama Sentuhan Najwa menampilkan barisan pelakon seperti Afifah Nasir, Alif Muhaimin, Ryry Ryun, Faiz Izzat, Jasper Supayah, Aleza Shadan, Zila Bakarin, Roy Azman, Ako Mustapha, Zack Zabhas, Zul Helmy, Ayu Ayuni dan ramai lagi.

  • Afifah Nasir sebagai Najwa
  • Ryun Ryry sebagai Raihana
  • Alif Muhaimin sebagai Arman
  • Faiz Izzat sebagai Yazi
  • Jasper Supayah sebagai Easther
  • Aleza Shadan sebagai Mak Jenab
  • Zila Bakarin sebagai Datin Kamala
  • Roy Azman sebagai Datuk Marzuki
  • Ako Mustapha sebagai Zakaria

⏩ Tonton Drama Sentuhan Najwa - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Najwa iaitu seorang gadis remaja yang mengidap HIV meneruskan kehidupannya tanpa pernah meratap atau merungut tentang kisah hidupnya yang selalu menjadi bahan buli di sekolah.

Najwa yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya telah dibela oleh ibu saudaranya iaitu Mak Jenab dengan penuh kasih sayang. Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana kerana kemiskinan dan juga penyakit dihadapinya. Namun, Najwa selalu dijaga oleh ketua pengawas iaitu Arman yang mempunyai perasaan terhadapnya.

Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya. Namun nasib buruk tidak dapat dihindarkan apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana adalah rakan sebiliknya di kolej. Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana.

Sesetengah manusia tidak pernah senang melihat kejayaan orang lain seperti Raihana yang masih meneruskan tabiat lamanya yang selalu mendiskriminasi Najwa tentang penyakit yang dialaminya sejak lahir itu.

Dapatkah Najwa menempuh segala badai ujian yang mencabar dalam kehidupannya?

Drama Sentuhan Najwa Di TV3

Drama Sentuhan Najwa Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post