Senarai Pemenang Fit For Action TV3

Senarai Pemenang Fit For Action TV3

Selepas 6 minggu berlangsung, kini terjawab sudah siapakan yang digelar hero dan heroin atau juara pelakon lelaki dan wanita bagi program Fit For Action musim pertama untuk tahun 2022.

Pada awalnya seramai 12 peserta terdiri daripada 6 peserta lelaki dan 6 peserta wanita yang menerima 2 tugasan setiap minggu iaitu tugasan dan cabaran fizikal beserta cabaran video lakon-layar (on-screen challenge video).

BACA : Senarai Penuh Peserta Fit For Action 2022

Bermula pada minggu pertama, para peserta perlu menghasilkan video dengan genre aksi, diikuti filem cinta untuk minggu kedua. Seterusnya untuk minggu ketiga dengan tema seram dan psycho thriller untuk minggu keempat. Bagi minggu kelima, para peserta perlu lakonkan watak drama yang mana luar daripada kebiasaan.

Untuk minggu final, hanya 6 peserta sahaja yang berjaya mara iaitu Marc, Raden, Zooey, Muaz Zabir, Lisa dan Amir. Mereka berenam sekali lagi akan membawa tema filem aksi dengan menghasilkan drama pendek bertajuk - Plan B.

Daripada cabaran inilah, Ketua Juri iaitu Datuk Yusof Haslam akan menilai yang juga dilakukan sepanjang musim bersama juri jemputan yang ditampilkan setiap minggu. Bagi minggu final, Janna Nick telah dipilih sebagai juri jemputan.

Senarai Pemenang Fit For Action 2022

Selepas mengharungi pelbagai cabaran setiap minggu, Muaz Zabir telah ditabalkan sebagai Juara Pelakon Lelaki dan Raden dinobatkan sebagai sebagai Juara Pelakon Wanita Fit For Action 2022.

Manakala Lisa menjadi Naib Juara untuk Pelakon Wanita dan Marc Naib Juara Pelakon Lelaki Fit For Action 2022. Tahniah untuk semua peserta yang berjaya.

Fit For Action 2022 telah berlangsung selama 6 minggu bermula 3 September 2022, bersiaran setiap hari Sabtu pada jam 10.00 malam di saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post