Drama Cina Buta Di Astro Ria

Drama Cina Buta Di Astro Ria

Saksikan drama terbaru Cina Buta yang akan menemui penonton mulai 15 Disember, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria 104 dan astrogo.astro.com.my

Drama 18 episod yang bakal menggantikan Tiada Maaf Buatmu ini merupakan drama bukan adaptasi yang diterbitkan oleh Radius One Sdn. Bhd., dan diarahkan serta nukilan skrip daripada Shahrulezad Mohameddin.

OST Drama

Judul Lagu : Paripurna
Penyanyi : Amylea
Komposer : Amylea
Penulis Lirik : Amylea

Sinopsis Drama Cina Buta

Drama Cina Buta menampilkan barisan pelakon popular seperti Nad Zainal, Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah, Norreen Iman, Anas Ridzuan, Didie Alias, Azhan Rani, Shamsul Ghau Ghau, Aman Aziz dan ramai lagi.

  • Nad Zainal sebagai Mia Sara
  • Ungku Ismail sebagai Sharnaz
  • Aliff Aziz sebagai Aliff
  • Puteri Aishah sebagai Habibah
  • Norreen Iman sebagai Norreen
  • Anas Ridzuan sebagai Ajis
  • Didie Alias sebagai Datin Sri
  • Azhan Rani sebagai Tan Sri
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Ahmad Tungkik
  • Aman Aziz sebagai Umar

Tonton Semua Episod Drama Cina Buta - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Sharnaz dan Mia Sara merupakan pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an yang telah berkahwin selama lima tahun tetapi sering tidak sehaluan.

Mereka sering bergaduh dan pernah bercerai dua kali tetapi kerana cinta, mereka berdua berbaik semula. Suatu hari, Sharnaz menceraikan Mia Sara sekali lagi kerana marah namun pada kali ini mereka tidak dapat berdamai semula kerana ini merupakan perceraian mereka buat kali yang ketiga.

Selepas bercerai, Sharnaz mula sedar bahawa dia sangat menyayangi Mia Sara dan sangat cemburu apabila Mia Sara mula menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Oleh kerana terdesak, Sharnaz bercadang untuk mendapatkan semula Mia Sara menerusi ‘Cina Buta’. Mia Sara menolak sekeras-kerasnya rancangan Sharnaz yang jelas mempermainkan agama.

Mia Sara kemudiannya bertemu dengan Aliff dan mengambil keputusan untuk mengahwininya untuk melupakan Sharnaz tanpa mengetahui yang sebenarnya dia adalah 'Cina Buta' yang telah diupah oleh Sharnaz untuk berkahwin dan menceraikan Mia Sara supaya dia dapat memilikinya kembali.

Namun dalam keinginan Aliff untuk menolong Sharnaz kembali bersama bekas isterinya, dia terjatuh cinta dengan Mia Sara. Adakah Aliff sanggup mengembalikan Mia Sara kepada Sharnaz selepas bibik-bibik cinta mula mukar antara mereka?

Drama Cina Buta Di Astro Ria

Drama Cina Buta Di Astro Ria

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Cina Buta Di Astro Ria"