Drama Kampung People 3 Di TV3

Drama Kampung People 3 Di TV3

Saksikan drama Kampung People 3 yang akan menemui penonton mulai 18 November 2022, bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu pada jam 9.00 malam menerusi slot Lestary TV3 atau boleh strim secara online di www.hotstar.com/my dan aplikasi Disney+ Hotstar.

Drama 13 episod yang merupakan kesinambungan Kampung People 1 & 2 ini diterbitkan oleh KL Motion Pictures, diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Shahril Sarjan dengan penulisan skrip bersama daripada Wan Hasliza, Baizura Kahar dan Syakirin Supardi.

BACAReview Drama Kampung People 3 Yang Kini Kembali Ke Bandar

Pelakon utama dengan watak lakonan masih dikekalkan iaitu watak Razif, Mona, Laila dan Yummy atau Imran tetapi kali ini sepertinya watak Jaafar lakonan Hun Haqeem tiada dalam penceritaan dan akan ada penggantinya.

Sinopsis Drama Kampung People 3

Drama Kampung People 3 menampilkan barisan pelakon seperti Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Shahril Sarjan, Razak Ahmad, Haeriyanto Hassan, Ustaz Nazeri Md Isa, Haidar Hasanudin, Hafdzi Sofi, Fadlan Hazim, Sharifah Sakinan, Kismah Johar, Aniq Suhair dan ramai lagi.

  • Elly Mazlein sebagai Mona
  • Rashidi Ishak sebagai Rafiz
  • Riena Diana sebagai Laila
  • Kamarul Eqifshah sebagai Yummy/Imran
  • Shahril Sarjan sebagai Badrul Bisu
  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
  • Sharifah Sakinah sebagai Ejen Shukrinah
  • Kismah Johar sebagai Madamme Mah
  • Aniq Suhair sebagai Darwish

Tonton Drama Kampung People 3 - Link 1 | Link 2 | Link 3

Kisah kali ini bermula dengan setelah keluarga Razif dan beberapa orang kampung yang lain ditidurkan selama 2 tahun akibat pandemik Covid-19.

Setelah itu mereka semua telah dikejutkan semula dengan identiti diri yang baharu untuk mengaburi mata geng Cengkih Manis yang masih lagi mengancam keselamatan mereka.Demi keselamatan yang lebih terjamin, mereka semua kini mendiami sebuah perumahan flat di sebuah bandar.

Untuk menyembunyikan kesilapan Pacerat sendiri, Agen Shukrinah dan Agen 1 terpaksa berbohong kepada Laila yang mengatakan bahawa otak Jaafar terpaksa dipindahkan ke dalam badan Badrul bisu.

Namun, Razif dan Laila sekeluarga dapat membongkar agenda kedua-dua agen Pacerat ini dan mula mengatur strategi untuk mengenakan mereka semula.

BACA : Review Kampung People 3

Berpindah ke kawasan yang baharu ini bukannya sesuatu yang mudah. Razif turut menghadapi masalah dengan penduduk flat itu. Sejak kehilangan Jaafar, Laila mengalami kemurungan yang berpanjangan namun perkara itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencari Jaafar.

Dapatkah Razif sekeluarga dan orang kampung menempuh segala cabaran dan ujian yang bakal dihadapi mereka? Adakah geng Cengkih Manis akan muncul dan mengancam keselamatan mereka lagi?

Drama Kampung People 3 Di TV3

Drama Kampung People 3 Di TV3

Drama Kampung People 3 Di TV3

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post