Keputusan Undian Play Off Pusingan Kalah Mati UEL Musim 2022-2023

Keputusan Undian Play Off Pusingan Kalah Mati UEL Musim 2022-2023

Musim kali ini tampak sedikit berbeza berbanding sebelum-sebelumnya apabila naib juara bagi setiap kumpulan dalam UEFA Europa League (UEL) akan mengharungi perlawanan play off terlebih dahulu sebelum ke pusingan 16.

Dalam perlawanan peringkat kalah mati ini, naib juara bagi setiap kumpulan akan bertemu pasukan dikedudukan tempat ketiga daripada setiap kumpulan yang bermain dalam UEFA Champions League (UCL). Ianya melibatkan 8 perlawanan dengan 16 pasukan.

Undian Play Off peringkat kalah mati ini juga telah berlangsung di tempat yang sama diumumkan bagi undian UCL pusingan 16 iaitu di House of European Football di Nyon, Switzerland pada Isnin, 7 November 2022

Keputusan Undian Play Off Pusingan Kalah Mati UEL Musim 2022-2023

Perlawanan Play Off ini akan berlangsung dalam dua pusingan dimana pusingan pertama (first legs) akan berlangsung pada 16 Februari 2023 dan pusingan kedua (second legs) dimainkan seminggu selepasnya iaitu pada 23 Fenruari 2023.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi undian play off pusingan kalah mati melibatkan 16 pasukan dalam kejohanan UEFA Europa League (UEL) 2022-2023

  • Barcelona vs Manchester United
  • Juventus vs Nantes
  • Sporting CP vs FC Midtjylland
  • Shakhtar Donetsk vs Rennes
  • Ajax vs Union Berlin
  • Bayer 04 Leverkusen vs Monaco
  • Sevilla vs PSV Eindhoven
  • FC Red Bull Salzburg vs AS Roma

Pasukan manakah yang akan menempah tiket ke pusingan 16 terbaik? Nantika...

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post