Tahniah Soda Juara Awesome Raja Lawak Musim Pertama. Ini Seranai Penuh Pemenang!

senarai pemenang awesome raja lawak final 2022

Kumpulan Soda telah diumumkan sebagai juara dalam pentas akhir Awesome Raja Lawak musim pertama 2022 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 beserta trofi.

Pada malam tersebut, para finalist iaitu Soda, Mabo, Se'eh, Azhar, Manja dan Sedare perlu mempersembahkan kepada barisan juri dengan dua tugasan iaitu bertemakan bebas dan muzikal komedi.

BACASenarai Peserta Akhir Awesome Raja Lawak Tahun 2022

Dengan pengumuman tersebut, sekali gus kumpulan Se'eh jatuh dinobatkan sebagai naib juara dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 juga beserta trofi.

Sementara itu, kumpulan Mabo yang telah mendapat wild-card dan beraksi di final Awesome Raja Lawak mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi

Satu-satunya peserta solo yang berjaya ke final, Azhar dan Sedare pula sekadar berpuas hati mendapat tempat keempat dan kelima dan berjaya membawa pulang trofi. Manakala tempat keenam jatuh kepada kumpulan Manja.

Awesome Raja Lawak menggunakan format pemarkahan 100% daripada juri tetap yang terdiri daripada Saiful Apek, Ayda Jebat dan Khir Rahman.

Program ini telah berlangsung selama 10 minggu dan disertai oleh 14 peserta yang terdiri daripada peserta solo, duo dan trio. Ianya dihoskan oleh Chiwan dan Nizam Jentik-Jentik di pentas utama dan Kamalia Jamaludin bersama peserta untuk hos di back-stage.

Awesome Raja Lawak musim pertama bersiaran setiap hari Rabu pada pukul 9.00 malam menerusi Awesome TV di saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi program Awesome Raja Lawak 2022

  1. Sado
  2. Se'eh
  3. Mabo
  4. Azhar
  5. Sedare
  6. Manja

Tahniah kepada semua pemenang dan mungkin akan ada untuk musim kedua kelak...?


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post