Senarai Peserta Akhir Awesome Raja Lawak Tahun 2022

Senarai Peserta Akhir Awesome Raja Lawak Tahun 2022

Selepas selesai persembahan separuh akhir Gelanggang Awesome Raja Lawak, kita sudah ketahui 5 finalist atau peserta yang layak ke peringkat akhir bagi program pencarian bakat komedi tersebut.

Pada malam separuh akhir tersebut, seramai 7 peserta yang telah membuat persembahan iaitu kumpulan Se'eh, Mabo, Pelan, Sedara, Manja, Soda dan peserta solo terahir Azhar.

BACA : Senarai 14 Peserta Awesome Raja Lawak 2022

Kesemua mereka telah diberikan dengan 2 tugasan iaitu Superhero dan Seram. Selain itu, mereka dibantu dengan artis jemputan bagi salah satu persembahan mereka. Antara mereka yang membantu para peserta ialah Cik B, Bella Astilah, Ruhainies, Soffi Jikan, Fikry Ibrahim, Bell Ngasri dan David Teo.

3 juri yang telah menilai persembahan mereka pada setiap minggu sehinggalah malam separuh akhir tersebut ialah Saiful Apek, Ayda Jebat dan Khir Rahman. Manakala Chiwan dan Nizam Jentik Jentik tidak kurang hebatnya mengacarakan program tersebut di pentas utama.

Senarai Peserta Akhir Awesome Raja Lawak Tahun 2022

Selepas selesai membuat persembahan, Chiwan Dan Nizam telah mengumumkan 5 peserta yang layak ke peringkat akhir Gelanggang Awesome Raja Lawak iaitu Azhar, Se'eh, Sedara, Manja dan Soda.

BACA : Senarai Pemenang Awesome Raja Lawak 2022

Malam itu juga, Se'eh telah dinobatakn sebagai Man Of The Match (MOTM) sekali gus peroleh hadiah pilihan giliran persembahan yang dibawa kepada minggu berikutnya.

BACA : Dapatkan Bahan Lebih Kelakar Disini

Jadi jangan terlepas untuk saksikan Gelanggang Akhir Awesome Raja Lawak yang akan bersiaran pada 9 November 2022, hari Rabu pada pukul 9.00 malam hanya di Awesome TV saluran Astro 123 dan Myfreeview 112.

Kumpulan manakah yang akan bergelar juara untuk musim pertama Awesome Raja Lawak sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000? Nantikan...

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post