Cara Kira Dividen ASB 2022 Berserta Bonus Tambahan
Akan tetapi tambahan bonus 0.5 sen tersebut adalah terhad untuk 30,000 unit pertama sahaja. Ini bermakna unit yang melebihi daripada jumlah tersebut tidak akan mendapat bonus tambahan tersebut.
Jadi ramai pelabur kini tertanya-tanya macam mana nak kira dividen ASB untuk tahun kewangan berakhir 2022 ini termasuk juga bonus tambahan yang katanya terhad untuk beberapa unit tersebut. Disebabkan itulah, pihak ASNB sendiri ada kongsikan cara pengiraan yang tepat.
Cara Kira Dividen ASB 2022 Beserta Bonus Tambahan
Secara mudahnya jika anda ada di dalam akaun ASB 30,000 unit dan ke bawah, anda dapat sepenuhnya pulangan sebanyak 5.10%
- Cara kira = RM10,000 x 5.10% = RM510
- Cara kira = RM30,000 x 5.10% = RM1530
Tetapi sekiranya anda ada lebih daripada 30,001 unit dan ke atas, boleh ikut cara pengiraan dibawah
- Sekiranya anda ada RM50,000
RM50,000 x 4.60% = RM2300
kemudian, RM30,000 x 0.50% = RM150
Total = RM2300 + RM150 = RM2450
- Sekiranya anda ada RM10,000
Cara kira = RM100,000 x 4.60% = RM4600
Kemudian, RM30,000 x 0.50% = RM150
Total = RM4600 + RM150 = RM4750
Walaubagaimanapun, untuk ketahui jumlah sebenar dividen yang anda peroleh, anda boleh semak secara online di portal ASNB atau melalui aplikasi myASNB bermula 1 Januari 2023. Sekiranya anda ingin buat pengeluaran, boleh berbuat demikian bermula 3 Januari 2023 dimana-mana cawangan dan ejen ASNB seluruh Malaysia.
Cara Kira Dividen ASB Yang Dibuat Penambahan Setiap Bulan
Pengiraan diatas adalah terpakai sekiranya, jumlah pelaburan atau duit yang anda masukkan adalah 10,000 atau 30,000 atau 100,000 sejak awal tahun iaitu pada Januari. Bagaimana pula sekiranya anda masukkan secara bulanan dan pastinya nilai tersebut berbeza-beza setiap bulan.
CONTOH
Anda sudah ada RM50,000 sejak bulan Januari dan kemudian buat penambahan sebanyak RM100 setiap bulan sehingga bulan Disember 2022.
Bulan | Baki Unit |
---|---|
Januari | 50,000 |
Februari | 50,100 |
Mac | 50,200 |
April | 50,300 |
Mei | 50,400 |
Jun | 50,500 |
Julai | 50,600 |
Ogos | 50,700 |
September | 50,800 |
Oktober | 50,900 |
November | 51,000 |
Disember | 51,100 |
Jumlah | 606,600 |
Cara kira = RM606,600/12 = RM50,550
RM50,550 x 4.60% = RM2325.31
kemudian, RM30,000 x 0.50% = RM150
Total = RM235.31 + RM150 = RM2475.31
Untuk lihat cara pengiraan bagi beberapa situasi lain sekiranya anda buat ASBF, ada buat pengeluaran dan sebagainya, anda boleh rujuk Panduan Pengagihan Pendapatan ASB.
Post a Comment for "Cara Kira Dividen ASB 2022 Berserta Bonus Tambahan"
Post a Comment