Carta Kedudukan Malaysia Peringkat Kumpulan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Carta Kedudukan Terkini Peringkat Kumpulan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 telah bermula pada 20 Disember 2022 dan akan berakhir pada 16 Januari 2023. Ini merupakan kejohanan edisi ke-14 yang mana bakal menampilkan 10 pasukan kesemunya.

Kesemua pasukan yang layak dari rantau Asia Tenggara ini telah diundi dalam 2 kumpulan yang terdiri daripada 5 team didalamnya iaitu untuk Kumpulan A dan Kumpulan B.

Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Singapura, Myanmar dan Laos. Manakala ahli Kumpulan A terdiri daripada Thailand, Indonesia, Kemboja, Brunei DS dan Filipina.

BACA : Jadual & Keputusan Penuh Semua Perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Format kejohanan masih dikekalkan seperti edisi-edisi sebelum ini dimana dimana akan bermula pada peringkat kumpulan dengan round-robin satu pusingan sahaja. Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke pusingan Separuh Akhir dan seterusnya.

Setiap pasukan akan menjadi tuan rumah bagi 2 daripada 4 perlawanan terlibat untuk peringkat kumpulan. Manakala pusingan Separuh Akhir dan Final akan berlangsung sebanyak 2 perlawanan iaitu secara timbal balik untuk Home dan Away.

Kedudukan Peringkat Kumpulan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022

Berikut merupakan carta kedudukan terkini setiap kumpulan untuk Kumpulan A dan Kumpulan B dalam kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Tonton perlawanan live disini

Kumpulan A

Pasukan M W D L GD PTS
*Thailand 4 3 1 0 11 10
*Indonesia 4 3 1 0 9 10
Kemboja 4 2 0 2 2 6
Filipina 4 1 0 3 -2 3
Brunei DS 4 0 0 4 -20 0

Kumpulan B

Pasukan M W D L GD PTS
*Vietnam 4 3 1 0 12 10
*Malaysia 4 3 0 1 6 9
Singapura 4 2 1 2 0 7
Myanmar 4 0 1 3 -5 1
Laos 4 0 1 3 -13 1

*Dua pasukan teratas akan layak ke peringkat kalah mati di pusingan Separuh Akhir

*kedudukan setiap kumpulan akan dikemaskini setelah tamat perlawanan

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post