Review Drama Hilang Di Viu. Perasaan Dendam Tiada Kesudahan

Review Hilang Di Viu

Antara drama siri melayu popular di platform penstriman Viu adalah Hilang yang telah ditayangkan sejak 17 November 2022 yang lalu. Ianya dimainkan setiap hari Khamis dengan tayangan 2 episod setiap minggu.

Episod : 10
Genre : Thriller crime, Seram
Tayangan : Viu
Tarikh : Mulai 17 November 2022 (Setiap Khamis)
Pengarah : Ghaz Abu Bakar & Sein Qudsi
Produksi : The Media Hustler

Dapatkan Akaun VIP Premium VIU Percuma - DISINI

Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ini seperti Khir Rahman, Siti Saleha, Aqasha, Jasmine Suraya, Azhar Sulaiman, Farah Ahmad, Radhi Khalid, Taqim Zaki, Ellyza Azizi, Akmal Ahmad, Rosdeen Suboh dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Hilang

Drama Hilang bermula dengan sebuah kes pembunuhan kanak-kanak perempuan di sebuah kampung terpencil bernama Seri Daik. Disebabkan perkara ini, Inspektor Munir pulang ke kampung tersebut bagi menyelesaikan kes yang masih belum sampai ke penghujung.

Dalam menyelesaikan kes tersebut, terjadi lagi satu kes iaitu dimana seorang budak bernama Haikal hilang ketika acara merentas desa. Dari sini lah bermula penyiasatan yang dilakukan oleh Munir bersama pembantunya Cay yang mana akhirnya melibatkan ramai orang di kampung tersebut.

Munir merasakan segala kes pembunuhan dan kes hilang ini ada berkait rapat dengan ilmu hitam daripada seseorang yang segalanya tertumpu dengan sebuah busut misteri yang dijadikan tempat pemujaan. Tetapi ada banyak kisah disebaliknya.

Review Hilang Di Viu

Review Drama Hilang

Aku pada awalnya tidak tertarik untuk saksikan drama ini ketika hari pertama ianya ditayangkan di Viu. Tetapi selepas tamat siaran untuk semua episod, Hilang mendapat komen yang positif daripada orang ramai terutamanya mereka yang memuji drama melayu. Benda yang jarang kita dengar komen positif untuk drama melayu kan. Jadi disebabkan itulah, aku cuba tengok sendiri.

Tak sangka pada awalnya aku tertarik dengan drama ini adalah disebabkan sinematografik dan pelakon Khir Rahman yang bersahaja. Sebuah kampung fantasi yang dicipta dengan gambar, pemandangan dan warna yang cantik buatkan aku nak tengok drama ini sampai habis pada awalnya. Polis pun dia cipta nama sendiri. Logo kereta pun dieorang tutup. Memang seperti disebuah negara lain la.

Tapi sebenarnya episod 1 tu je dah membuatkan penonton seperti aku untuk tunggu kisahnya hingga habis. Banyak benda-benda yang trigger aku untuk tahu lepas ni apa jadi kepada Haikal. Kenapa Yusof tiba-tiba mata dia tukar putih? Kenapa Pak Akob seperti tak endah akan Yusof dan macam-macam lagi.

Review Hilang Di Viu

Barisan pelakon yang terlibat juga cukup menarik. Kita ada Khir Rahman dan Jasmin Suraya yang kedua-duanya membawa watak polis dengan sangat baik. Tapi untuk watak Cay tu mungkin kurang sikit la. Khir Rahman bersahaja lagi. Aqasha dengan watak naif dan beragama sebagai Yusof pun baik. Yang penting Siti Saleha cantik la. Ada 2 perwatakan iaitu seorang buta dan nampak baik dan juga seorang bomoh jahat yang berdendam. Azhar Sulaiman pun apa kurangnya. Ekspresi muka memang jadi la. Dengan perasaan geram dia, takut semua jadi.

Sebenarnya drama ni jadi sangat best bila hampir kesemua watak yang dimainkan berperanan untuk menghidupkan jalan cerita atau plot. Kesemua watak berkait antara satu sama lain. Aku jangkakan memang ada plot twist pada akhirnya tetapi aku tak sangka sebenarnya Wangi dalang semua perkara dan menyebabkan kekecohan di Kampung Seri Daik.

Kalau kita tengok, Munir nak selesaikan kes pembunuhan dan mencari anaknya yang diculik. Yusof balik dari Mesir untuk bantu ayahnya yang katanya sudah terpesong sebab berubat bukan cara islam. Wangi sebenarnya ingin membalas dendam terhadap Dato Jamil sebab bunuh ibu bapanya dan butakan matanya ketika kecil. Dato Jamil, Datok Steven dan Tuan Ghaffar berpakat untuk projek lebuh raya yang mana akhirnya dikhianati satu sama lain.

Jika anda tonton setiap episod, anda akan tertanya-tanya dan pastinya tertunggu-tunggu untuk episod seterusnya. Disebabkan aku tengok lepas episod semua dah lengkap, jadi aku boleh la binge watch sahaja sekali harung. Takdalah tertunggu-tunggu kan.

Tapi bukanlah semuanya baik. Ada juga bahagian-bahagian yang kurang sikit tetapi tidak mengganggu secara keseluruhan. Aku perasan kalau ada terlepas beberapa babak, mungkin nanti tak faham kenapa ianya berlaku. Contoh : sebenarnya, Kamil bekerja dengan Wangi selama ini. Babak dia asa sekali je rasanya. Kalau terlepas, tak tahu cerita tersebut.

Review Hilang Di Viu

Selain itu, kadang-kadang ada bahagian atau jalan cerita yang sedikit slow. Disebabkan itu, anda akan jadi boring. Nak cepatkan takut terlepas, nak layan takut mengantuk. Jadi aku layankan je la. Rasanya tak lama tapi ada beberapa kali berlaku la.

Dialog yang digunakan kadang-kadang ada yang terlalu janggal dan macam scripted sangat. Tak nampak neutral dan normal macam orang-orang biasa borak. Padahal pelakon dah sedap, sepatutnya bagi je dieorang bebas untuk berdialog. Biar nampak bersahaja.

Hilang sebenarnya bukanlah berkaitan dengan kes Haikal sahaja sebenarnya. Ianya berkaitan dengan 16 lagi penemuan tengkorak yang tertanam di sekitar busut. Ianya semua angkara pemujaan Dato Jamil yang inginkan kuasa dan harta dengan waktu yang singkat. Tapi dalam waktu yang sama, dia telah melahirkan seorang yang berdendam dengannya iaitu Wangi atas pelakuan tersebut. Dendam pastinya diakhiri dengan kematian.

Walaupun ada unsur khurafat iaitu pemujaan busut, tapi cerita ni tidaklah terlalu seram sebab hantu pun hampir takda. Boleh la tengok sorang-sorang. Jumpscare kalau tak silap ada sekali sahaja. Overall lebih kepada penyiasatan, konflik dan dendam sahaja. Kanak-kanak tak sesuai kot tengok, sebab ada dia tunjuk toreh mata, toreh kaki, tikam dan sebagainya. Walaupun takdalah nampak real sangat pun, tapi adegan itu dipaparkan.

Sepertinya Hilang mungkin akan ada musim kedua disebabkan babak akhir yang dipaparkan. Tapi ada kesinambungan pun macam best. Tapi tiada lagi kenyataan rasmi daripada produksi dan Viu sendiri. Tunggu je la nanti.

Jadi kalau korang nak layan drama melayu yang best, aku cadangkan untuk layan Hilang di Viu. Boleh tonton secara percuma tapi ada iklan la. Kalau nak dapat akaun premium, korang mungkin boleh cuba kod ni - IJABKABUT2022


Rating Hilang : 8/10

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post