Telefilem Qalbu Di TV9

Telefilem Qalbu Di TV9

Saksikan telefilem Qalbu yang akan menemui penonton pada 5 Disember 2022, bersiaran pada hari Isnin pada jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my

Telefilem yang pernah dicalonkan dalam kategori Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin 2018 ini merupakan terbitan syarikat produksi Saphire Screen Sdn. Bhd., diarahkan oleh Riza Baharudin dengan nukilan skrip daripada K. Adlie.

Sinopsis Telefilem Qalbu

Telefilem Qalbu menampilkan barisan pelakon seperti Faizal Hussein, Fasha Sandha, Fauzi Nawawi, Aidil Aziz, Nur Qistina Raisah, Wan Maimunah dan ramai lagi.

  • Faizal Hussein sebagai Kamal
  • Fasha Sandha sebagai Marlia
  • Fauzi Nawawi sebagai Toyu
  • Aidil Aziz sebagai Syukri
  • Nur Qistina Raisah sebagai Kasih
  • Wan Maimunah sebagai Nenek

Tonton telefilem Qalbu online - Link 1 | Link 2

Ianya mengisahkan tentang Kamal yang sanggup melakukan apa sahaja demi Kasih dan Aiman. Pergolakan jiwanya bergelora, apabila mendapat tahu kehilangan anaknya. Tetapi, apakan daya dia dipisahkan dengan tembok penjara.

Kamal dipenjarakan atas kesalahan rasuah yang dirancang oleh isterinya, Marlia. Marlia memerangkap suaminya kerana ingin membolot kemewahan. Dua anaknya, Kasih dan Aiman hilang tempat bergantung kasih sayang kerana mereka rapat dengan Kamal.

Sepanjang Kamal dipenjarakan, Kasih dan Aiman sering didera oleh ibu mereka. Marlia sibuk menjalinkan hubungan sulit dengan Syukri, akauntan di syarikat yang sama dengan Kamal.

Telefilem Qalbu Di TV9

Telefilem Qalbu Di TV9

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post