Cara Beli Tiket Masuk Kejohanan BWF Malaysia Open 2024

Cara Beli Tiket Masuk Kejohanan BWF Malaysia Open 2023

Kepada semua peminat badminton tanah air, kini masa telah tiba! Anda boleh mula dapatkan tiket masuk kejohanan BWF Malaysia Open 2024.

Tiket bagi kejohanan tersebut yang bakal berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 10 hingga 15 Januari 2023 akan mula dijual secara rasmi bermula 5 Disember 2022, Isnin.

Malaysia Open 2023 bakal menjadi pembuka tirai bagi kalender BWF World Tour untuk tahun 2023 dan paling menarik edisi kali ini sudah upgrade daripada Super 750 sebelum ini menjadi Super 1000 yang pastinya lebih kompetitif.

BACA : Tiket Pembelian Bagi Kejohanan Malaysia Open 2022 Super 750

Kini Super 1000 sudah ada 4 kejohanan iaitu All England, Indonesia Open, China Open dan terbaru di tanah air kita sendiri, Malaysia Open.

Kali ini pastinya kita akan dapat lihat senarai nama-nama besar jaguh badminton dunia akan menyertai Terbuka Malaysia seperti pemain no 1 dunia, Victor Axelsen, Akane Yamaguchi, gandingan Takuro Hoki dan Yugo Kabayashi, regu wanita China, Chen Qing Chen/Jia Yi Fan dan regu campuran Dechapol Puavaranukroh bersama Sapsiree Taerattanachai disamping dengan pemain-pemain lain juga.

Tidak lupa juga dengan pemain utama negara iaitu pemain no. 2 dunia Lee Zii Jia, juara dunia 2022 Chia dan Soh Wooi Yik serta regu wanita utama yang juga pemenang France Open 2022; Pearly Tan dan M Thinaah juga turut serta dalam kejohanan ini.

Cara Beli Tiket Masuk Malaysia Open 2023

Seperti yang diumumkan sebelum ini, tiket masuk bagi menyaksikan perlawanan badminton dalam kejohanan Petronas Malaysia Open 2023 telah dibuka sejak 5 Disember 2022, jam 11.00 pagi dengan harga bermula RM40 hingga RM700 mengikut kategori.

Edisi kali ini terdapat 6 jenis tiket iaitu Upper (B), Upper (A), Premium (A), Premium (B), VIP dan Super Fan dengan harga berbeza-beza mengikut peringkat perlawanan bermula pusingan 32 hingga final.

Anda boleh mula buat pembelian sekarang secara online di laman web BOOKMYSHOW di my.bookmyshow.com/PMO23JAN

Harga & Cara Beli Tiket Masuk Kejohanan BWF Malaysia Open 2023

Terma & Syarat

Antara terma dan syarat yang ditetapkan adalah :

  1. Semua kategori adalah tempat duduk bernombor
  2. 1 tiket, 1 orang
  3. Pemegang tiket Super Fan akan memperoleh Goodie Bag yang mengandundi merchandise Petronas Malaysia Open 2023
  4. Kanak-Kanak dibawah 4 tahun perlu dapatkan tiket masuk
  5. Semua pembelian tiket adalah secara online. Sila print dan tunjukkan tiket tersebut ketika memasuki stadium

Anda excited dengan kejohanan kali ini? Dapat tonton lebih dekat aksi pemain handalan badminton dunia termasuk barisan pemain negara juga. Ini kalilah di Petronas Malaysia Open 2023.

Untuk peminat badminton, boleh dapatkan barangan khas Victor x Lee Zii Jia seperti t-shirt, botol air, topi, bag raket dan banyak lagi menerusi laman Shopee Victor x LZJ disini.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post