Jadual Dan Keputusan Perlawanan Malaysia Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Jadual Perlawanan Malaysia Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Malaysia antara negara yang layak menyertai kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 yang dijadualkan bermula pada 13 hingga 29 Januari 2023 bertempat di Bhubaneswar dan Rourklea, India.

Walaupun begitu, skuad Speedy Tigers hanya memulakan kempen perlawanan pembukaan pada keesokan harinya, 14 Januari bertemu juara dunia tiga kali iaitu Belanda dan kemudian 16 Januari bertemu Chile serta perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 19 Januari berdepan dengan New Zealand.

Keempat-empat pasukan tersebut telah diundi dalam Kumpulan C termasuk Malaysia disamping 3 kali kumpulan yang menjadikan kesemuanya sebanyak 16 pasukan yang bertanding dalam kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 edisi ke-15 ini.

  • Kumpulan A - Australia, Argentina, Perancis, Afrika Selatan
  • Kumpulan B - Belgium, Jerman, Korea Selatan, Jepun
  • Kumpulan C - Belanda, New Zealand, Malaysia, Chile
  • Kumpulan D - India, England, Sepanyol, Wales

Senarai Pemain Skuad Hoki Kebangsaan Di Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Seramai 18 pemain skuad hoki kebangsaan dibawah ketua jurulatih Arul Selvaraj telah dipilih bagi mengharungi dan menggalas cabaran di kejohanan Hoki Piala Dunia kali ini yang juga digelar FIH Odisha Hockey Men's World Cup 2023

Pemain Malaysia Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Jadual & Keputusan Malaysia Di Hoki Piala Dunia 2023

Untuk peringkat awal, Malaysia akan mengharungi 3 perlawanan dengan format round-robin dimana hanya juara setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah di pusingan suku akhir. Kemudian tempat ke-2 dan ke-3 setiap kumpulan akan bersaing bagi merebut 4 lagi slot di pusingan suku akhir.

Pasukan yang terkeluar daripada mengejar gelaran juara akan meneruskan perjuangan dalam Perlawanan Klasifikasi sehingga kedudukan akhir mereka dalam kejohanan ini dimuktamadkan. Untuk rekod, Malaysia menamatkan perlawanan ditempat ke-15 daripada 16 pasukan bagi edisi lepas.

Jadi jangan terlepas untuk saksika perlawanan dalam kejohanan Hoki Piala Dunia 2023 yang disiarkan secara langsung di Astro Arena 801 yang akan disiarkan khusus bagi perlawanan Malaysia. Manakala RTM TV Okey, Sukan RTM dan Astro Supersport 811 akan menayangkan semua perlawanan bermula peringkat kumpulan sehingga final.

Jika tidak berkesempatan untuk menonton di tv, boleh strim secara online di Astro Go untuk pengguna Astro dan secara percuma untuk semua menerusi rtmklik.rtm.gov.my dan watch.hockey. Tiada lagi alasan untuk tidak menonton dan memberi sokongan padu kepada pasukan Malaysia.

BACA : Jadual Penuh Semua Perlawanan Kejohanan Hoki Piala Dunia 2023

Dapatkan jadual dan keputusan penuh perlawanan yang hanya melibatkan pasukan Malaysia sepanjang kejohanan Hoki Piala Dunia FIH Odisha 2023 seperti dibawah:

PERINGKAT KUMPULAN

14 Januari 2023 (Sabtu)

FT : Belanda (4) - (0) Malaysia

  • Van Dam Thijs 19' (FG)
  • Janssen Jip 23' (PS)
  • Beins Teun 46' (PC)
  • Croon Jorrit 59' (FG)

Masa : 5.30 Petang
Tempat : Stadium Hoki Birsa Munda Rourkela, India
Tayangan : Astro Arena 801, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Live 1 | Live 2

16 Januari 2023 (Isnin)

FT : Malaysia (3) - (2) Chile

  • Amoroso Juan 19' (PC)
  • Rahim Razie 25' (PS)
  • Rodriguez Martin 28' (FG)
  • Hamsani Ashran 40' (FG)
  • Sumantri Norsyafiq 41' (PC)

Masa : 3.30 Petang
Tempat : Stadium Hoki Birsa Munda Rourkela, India
Tayangan : Astro Arena 801, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Live 1 | Live 2

19 Januari 2023 (Khamis)

FT : Malaysia (3) - (2) New Zealand

  • Faizal Saari 8' (FG), 56' (FG)
  • Razie Rahim 42' (PC)
  • Phillips Hayden 51' (FG)
  • Lane Sam 52' (PC)

Masa : 3.30 Petang
Tempat : Stadium Hoki Kalinga Bhubaneswar, India
Tayangan : Astro Arena 801, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Live 1 | Live 2

*Dengan kemenangan ini, skuad hoki negara yang terkenal dengan jolokan 'The Speedy Tigers' menduduki tangga ke-2 dalam Kumpulan C sekali gus melayakkan diri ke peringkat crossover bersama New Zealand di tempat ke-3. Manakala Belanda juara kumpulan terus mara ke pusingan suku akhir.

⏩ PERINGKAT CROSSOVER

22 Januari 2023 (Ahad)

FT : Malaysia (2) - (2) Sepanyol (Penalty shoot-out: 3-4)

*Sepanyol ke suku akhir

  • Faizal Saari 35' (FG) 
  • Marc Miralles 41' (PS)
  • Xavier Gispert 42' (FG)
  • Shello Silverius 48' (FG)

Masa : 7.00 Malam
Tempat : Stadium Hoki Kalinga Bhubaneswar, India
Tayangan : Astro Arena 801, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Live 1 | Live 2

FT : India (3) - (3) New Zealand (Pen: 4-5) - 9.30PM di Astro Supersport 811, TV Okey & Sukan RTM

23 Januari 2023 (Isnin)

FT : Jerman (5) - (1) Perancis - 7.00PM di Astro Supersport 811, TV Okey & Sukan RTM

FT : Argentina (5) - (5) Korea Selatan (Pen: 2-3) - 9.30PM di Astro Supersport 811, TV Okey & Sukan RTM

⏩ PUSINGAN SUKU AKHIR

24 Januari 2023 (Selasa)

FT : Australia (4) - (3) Sepanyol - 7.00PM

FT : Belgium (2) - (0) New Zealand - 9.30PM

25 Januari 2023 (Rabu)

FT : England (2) - (2) Jerman (Pen: 3-4) - 7.00PM

FT : Belanda (5) - (1) Korea Selatan - 9.30PM

⏩ KLASIFIKASI TEMPAT KE-9 ~ KE-16

26 Januari 2023 (Khamis)

FT : Afrika Selatan (6) - (3) Malaysia

  • Bradley Sherwood 9' (FG)
  • Guy Morgan 17' (PC)
  • Nqobile Ntuli 26' (FG)
  • Muhammad Razie Abd Rahim 34' (PC), 35' (PC)
  • Keenan Horne 43' (FG)
  • Mustaphaa Cassiem 44' (PS)
  • Firhan Ashaari 57' (FG)

Masa : 2.00 Petang
Tempat : Stadium Hoki Birsa Munda Rourkela, India
Tayangan : Astro Arena 801, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Live 1 | Live 2

FT : Wales (2) - (2) Perancis (Pen: 2-1) - 4.30PM

FT : Chile (0) - (8)  Argentina - 7.00PM

FT : Jepun (0) - (8) India - 9.30PM

⏩ PUSINGAN SEPARUH AKHIR

27 Januari 2023 (Jumaat)

FT : Australia (3) - (4) Jerman - 7.00PM

FT : Belgium (2) - (2) Belanda (Pen: 3-2) - 9.30PM

⏩ KLASIFIKASI TEMPAT KE-13 ~ KE-16

28 Januari 2023 (Sabtu)

FT : Malaysia (3) - (2) Jepun

  • Shello Silverius 7' (PC) 31' (FG)
  • Kaito Tanaka 23' (FG)
  • Seren Tanaka 31' (FG)
  • Shahmie Irfan Suhaimi 33' (FG)

*Malaysia mengakhiri kempen Piala Dunia Hoki 2023 di tempat ke-13

Masa : 2.00 Petang
Tempat : Stadium Hoki Birsa Munda Rourkela, India
Tayangan : Astro Arena 801, TV Okey & Sukan RTM
Live Streaming : Live 1 | Live 2

FT : Chile (2) - (4) Perancis - 4.30PM

⏩ KLASIFIKASI TEMPAT KE-9 ~ KE-12

28 Januari 2023 (Sabtu)

FT : Argentina (6) - (0) Wales - 7.00PM

FT : Afrika Selatan (2) - (5) India - 9.30PM

⏩ PENENTUAN TEMPAT KE-3 & KE-4 (GANGSA)

29 Januari 2023 (Ahad)

FT : Australia (1) - (3) Belanda - 7.00PM

*Belanda memenangi pingat gangsa dan peroleh tempat ke-3

⏩ FINAL

29 Januari 2023 (Ahad)

FT : Jerman (3) - (3) Belgium (Pen: 5-4) - 9.30PM

*Jerman juara Hoki Piala Dunia 2023

*Kedudukan Terakhir Kesemua Pasukan - disini

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post