Jadual Dan Keputusan Perlawanan Persabahatan Pra-Musim Sri Pahang FC 2023 Di Thailand

Jadual Perlawanan Persabahatan Pra-Musim Sri Pahang FC 2023 Di Thailand

Sebagai penyokong setia, oi nak update juga dimana Sri Pahang FC pasukan kesayangan kita semua akan mengadakan perlawanan persahabatan pra-musim untuk tahun 2023 bermula 23 hingga 29 Januari 2023 bertempat di Thailand.

Friendly match ini sedikit sebanyak pastinya ingin mempersiapkan pasukan bagi mencabar kejuaraan liga untuk musim 2023 terbaru ini yang pastinya akan lebih sengit apabila kali ini lebih banyak pasukan yang mengambil bahagian dengan format terbaru.

Sebelum jelajah ini juga, Sri Pahang FC telah memperkuatkan barisan pemain dengan pembelian pemain baru antaranya Kpah Herman, Fadhli Shas, Syazwan Andik, Izham Tarmizi, Lucas Silva, Lokman Bah Din dan ramai lagi. Tapi paling penting kita ada ketua jurulatih baru iaitu Fandi Ahmad.

BACA : Senarai Pemain Baru Sri Pahang FC Musim 2023

Nak mantapkan pasukan, pastinya keserasian perlu ada bagi kesemua pemain. Kalau JDT mengharungi perlawanan pra-musim di Dubai, Kedah FC di Turki, Sri Pahang FC pun taknak kalah, kena juga buat perlawanan di luar iaitu di Thailand.

Jadual Perlawanan Pra-Musim Sri Pahang FC 2023 Di Thailand

Aksi perlawanan ini pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak khususnya Sri Pahang. Bagaimanakah corak permainan yang bakal ditonjolkan. Apakah strategi yang akan digunakan oleh Fandi Ahmad kepada barisan pemain Tok Gajah kali ini.

Setakat ini, tiada lagi pengumuman rasmi daripada pihak Sri Pahang FC sendiri pasukan manakah yang bakal menjadi lawan mereka selama mana di Thailand. Walaubagaimanapun, menurut perkongsian TokGajah.com terdapat 3 pasukan dari Liga Korea terlibat iaitu FC Seoul (K1), Daegu FC (K1) dan FC Anyang (K2).

Selain itu, pihak pengurusan juga tidak mengumumkan senarai penuh pemain yang mengikuti siri jelajah pra-musim ini. Untuk live streaming pun tiada setakat ini.

Berikut merupakan senarai jadual perlawanan persahabatan pra-musim Sri Pahang FC 2023 yang berlangsung di Thailand.

23 Januari 2023 (Isnin)

Sri Pahang FC vs FC Seoul (Postponed)

Masa : -
Tempat : Thailand
Tayangan : Tiada
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2

26 Januari 2023 (Khamis)

Sri Pahang FC vs Daegu FC

Masa : -
Tempat : Thailand
Tayangan : Tiada
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2

29 Januari 2023 (Ahad)

Sri Pahang FC vs FC Anyang

Masa : -
Tempat : Thailand
Tayangan : Tiada
Live Streaming (akan dikemaskini) : Link 1 | Link 2

Jadual Perlawanan Persabahatan Pra-Musim Sri Pahang FC 2023 Di Thailand


sumber : tokgajah.com

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post