Jawapan Klu Peserta Tersingkir The Masked Singer Malaysia 3 Tahun 2022

Jawapan Klu Peserta Tersingkir The Masked Singer Malaysia 3 Tahun 2022

Setiap minggu pasti akan ada peserta tersingkir dalam program The Masked Singer Malaysia 3 sekali gus didedahkan identiti dan kita semua akan ketahui siapa di sebalik topeng tersebut.

Inilah antara format bagi pertandingan ini dimana peserta yang mendapat markah terendah selepas membuat persembahan setiap minggu akan didedahkan identiti sebenar di penghujung program oleh pengacara sendiri iaitu Dato' AC Mizal.

Tetapi sebelum itu, barisan juri akan diberi peluang untuk meneka siapaka selebriti sebenar yang memakai topeng itu. Mereka boleh buat tekaan berdasarkan klu yang dipaparkan dalam video pendek sebelum peserta membuat persembahan.

BACA : Senarai 15 Peserta The Masked Singer Malaysia

Juri yang meneka tepat paling banyak, dipenghujung musim akan dinobatkan sebagai juri terbaik untuk musim 3 bagi tahun 2022.

Jadi jom kita tengok senarai peserta yang didedahkan identiti setiap minggu bersama klu-klu yang dipaparkan. Dengan itu, kita boleh tahu jawapan sebenar siapa selebriti disebalik topeng.

Jawapan Klu Bagi Setiap Peserta Tersingkir Dalam The Masked Singer Malaysia 3

TMSM3 akan berlangsung selama 11 minggu yang mana bersiaran setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Warna 107 dan secara online di Astro Go.

Minggu 1

Peserta : Cik Mawas
Selebriti : Misha Omar
Klu : Bunga Orkid simbolik kepada Liza Hanim, maksod The Masked Singer Malaysia 2, penyanyi Misha Omar.

*Minggu pertama, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan bagi menjadikan Misha Omar sebagai juri kesembilan.

Minggu 2

Jawapan Klu Peserta Tersingkir The Masked Singer Malaysia 3 Tahun 2022

Peserta : Lollipop
Selebriti : Datuk Leong Mun Yee
Bidang : Atlet Penerjun Negara
Klu : Babak MIB terjatuh ke dalam air merupakan simbolik kepada kerjayanya dahulu iaitu sebagai atlet acara terjun.

Minggu 3

Abang Burger Dato' Malek Noor

Peserta : Abang Burger
Selebriti : Dato' Malek Noor
Bidang : Bekas Jaguh Bina Badan Negara
Klu : Abang Burger menangis teresak-esak sampai terkena serangan asma merupakan simbolik kepada nama isteri beliau iaitu Dr. Wan Asma Wan Smail

Minggu 4

Liza Abdullah The Masked Singer Malaysia 3

Peserta : Kurita
Selebriti : Liza Abdullah
Bidang : Pelakon dan Penyanyi
Klu : Gaya Kurita sebagai rapper melambangkan Liza Abdullah merupakan seorang yang petah bila berkata-kata dan suka bercakap dalam tempo yang laju

Minggu 5

Dato Jalaluddin Hassan The Masked Singer Malaysia 3

Peserta : Manggis
Selebriti : Dato Jalaluddin Hassan
Bidang : Pelakon dan Pengacara
Klu : Sukan badminton dan Anak-Anak Sidek merujuk kepada hobi beliau yang amat meminati sukan tersebut

Minggu 6

Peserta : Zirafah
Selebriti : Norman Hakim
Bidang : Pelakon dan Pengacara
Klu : Lokasi perhentian bas merupakan simbolik kepada satu ketika beliau pernah mendapat perhatian apabila beliau bersama keluarga besarnya pergi bercuti ke Terengganu dengan menaiki bas

Minggu 7

Peserta : Si Tangkis
Selebriti : Amsyar Lee
Bidang : Penyanyi dan Personaliti Media Sosial
Klu : Adegan raket badminton besar memukul-mukul Si Tangkis bermaksud Amsyar Lee pernah mendapat pukulan hebat daripada warga maya, apabila beliau sering dikecam di media sosial

Minggu 8

Peserta : Mr Parrot
Selebriti : Ajai
Bidang : Penyanyi dan Komposer
Klu : Kenyataan Mr. Parrot tentang beliau tidak naik roller coaster adalah kerana Ajai gayat dengan ketinggian

Minggu 9 (Suku Akhir)

Peserta : Bertih Jagung
Selebriti : Zizi Kirana
Bidang : Penyanyi dan Pelakon
Klu : Situasi belajar ABC, mengira 123 dan bermain doktor-doktor melambangkan beliau sering menjadi pengasuh anak kawan-kawannya

Minggu 10 (Separuh Akhir)

Peserta : Mawar Berduri
Selebriti : Idayu AF
Bidang : Penyanyi dan Juara Akademi Fantasia Megastar
Klu : Mawar Berduri mengatakan yang 'menyamar itu menjadi keparanku' merujuk kepada kemampuan beliau untuk meniru pelbagai suara penyanyi tempatan dan antarabangsa

Minggu 11 (Final)

  • Dewi Angsa
  • Pizza Panas
  • Beta Fish
  • Brokoli
  • Nyoq Muda

*senarai jawapan dan peserta tersinggkir akan dikemaskini sejurus selepas program tamat

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post