Senarai 4 Duo Yang Akan Meneruskan Cabaran Di Final Famili Duo 2022-2023

Senarai 4 Duo Yang Akan Meneruskan Cabarang Di Final Family Duo 2022-2023

Program realiti tv nyanyian yang menampilkan peserta duo daripada pasangan selebriti bersama ahli keluarganya sendiri, Famili Duo kini sudah sampai ke final apabila 4 peserta duo yang telah layak untuk persembahan terakhir kali ini.

Pada malam 29 Januari 2023, penonton telah menyaksikan kesemua 7 duo telah membuat persembahan dan 4 daripadanya yang mendapat markah tertinggi berjaya mara ke pusingan akhir iaitu Ayda Jebat & Fyna Jebat, Zaki Yamani & Yamani Abdillah, Sissy Iman & Naim Daniel dan juga Bella Astillah & Wani Kayrie.

BACA : Senarai 7 Peserta Duo Bagi Program Family Duo 2023

Pada minggu ketujuh itu juga, pasangan adik-beradik Ayda bersama Fyna sekali lagi mengungguli carta menjadui Duo Of The Week untuk kali kedua sepanjang program ini berlangsung selama 7 minggu.

Pasangan itu juga mendapat markah tertinggi keseluruhan sebanyak 435.9 diikuti Zaki & Yamani di tempat kedua dengan markah 404.2. Tempat ke-3 dan ke-4 masing-masing untuk pasangan Sissy Iman & Naim Daniel (377.3) dan Bella Astilah & Wani Kayrie (369.9).

Kesemua pasangan duo ini akan berentap di pentas akhir bagi meraih gelaran juara Family Duo 2023 sekali gus merangkul hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Jadi jangan lupa untuk saksikan pentas final Family Duo 2023 yang akan disiarkan secara langsung pada 5 Februari 2023, hari Ahad pada pukul 9.00 menerusi saluran TV3. Selain itu, boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my secara percuma dengan kualiti HD.

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

2 comments for "Senarai 4 Duo Yang Akan Meneruskan Cabaran Di Final Famili Duo 2022-2023"

Comment Author Avatar
Tengok sekejap aje malam tadi lepas tu tv tengok Mrs. A huhuhuhuuu...
Comment Author Avatar
dah lama tak tengok rancangan hiburan nyanyian.