Cara Transfer Duit Ke Akaun ASB Secara Online Menggunakan Aplikasi myASNB

Cara Transfer Duit Ke Akaun ASB Secara Online Menggunakan Aplikasi myASNB

Kini anda tidak perlu bersusah-susah lagi untuk masukkan duit ke akaun ASB kerana anda boleh transfer sahaja duit terus ke akaun ASB secara online iaitu dengan menggunakan aplikasi myASNB secara percuma dan tanpa dikenakan caj tambahan.

Kalau sebelum ini, kita perlu pergi ke kaunter ASNB atau mana-mana ejen seperti pos laju atau bank kalau anda ingin topup atau masukkan duit ke akaun ASB. Jadi urusan anda lebih lama, perlu beratur tunggu giliran.

Jadi lepas ni, anda tidak perlu khuatir lagi jika anda ingin membuat pelaburan tambahan dengan adanya aplikasi myASNB yang telah diperkenalkan khusus untuk semua pemegang unit ASNB. Selain ASB, boleh juga untuk ASN, ASM dan sebagainya.

Cara Transfer Duit Ke Akaun ASB Menggunakan myASNB Secara Online

Sebelum anda ingin menggunakan aplikasi myASNB, terlebih dahulu anda perlu download menerusi Play Store atau App Store kemudian daftar buat kali pertama. Anda boleh rujuk artikel Cara Daftar myASNB Ini sebagai panduan

Jika sudah berjaya, barulah anda boleh teruskan urusan untuk transfer duit atau buat pelaburan tambahan untuk akaun ASB anda. Ikuti cara dan langkah seperti dibawah:

  1. Buka aplikasi myASNB dan login seperti biasa menggunakan username dan password seperti yang telah anda tetapkan
  2. Kemudian pada bahagian bawah, klik butang 'Labur' dan pilih 'Pelaburan Tambahan'
  3. Kemudian klik produk yang anda ingin tambah pelaburan. Seperti contoh akaun ASB, klik pada pilihan tersebut
  4. Anda boleh masukkan nilai pelaburan tambahan anda minima RM100 sehingga maksima RM30,000. Pilih 'Perbankan Dalam Talian (FPX)'. Tanda pada kotak dan klik 'Seterusnya'
  5. Pilih mana-mana perbankan online yang anda gunakan. Sebagai contoh jika anda pengguna Maybank, pilih Maybank2u dan sebagainya. Klik 'Sahkan' jika segala info yang ditetapkan adalah betul.
  6. Akhir sekali buat pembayaran seperti biasa menggunakan perbankan online anda tersebut sehingga berjaya. Jika sudah berjaya, anda menerima pengesahan selepas itu dengan tanda 'Berjaya' atau anda juga akan menerima emel yang mengatakan transaksi telah berjaya

Yang penting, tiada caj tambahan dikenakan berbanding jika anda transfer terus dari akaun bank anda. Selesai...

Untuk panduan dibawah adalah disertakan dengan gambar, untuk lebih mudah faham

1)  Buka dan log in aplikasi myANSB. Kemudian klik butang Labur > Pelaburan Tambahan > dan pilih akaun ASB (harga tetap)

Cara Transfer Duit Ke Akaun ASB Secara Online Menggunakan Aplikasi myASNB

2)  Kemudian masukkan jumlah yang anda ingin masukkan. Klik seterusnya dan pilih perbankan online yang anda gunakan. Klik sahkan.

Cara Transfer Duit Ke Akaun ASB Secara Online Menggunakan Aplikasi myASNB

3)  Buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai. Jika berjaya, anda akan menerima makluman 'Berjaya' dan emel notifikasi menunjukkan transaksi anda Berjaya

Cara Transfer Duit Ke Akaun ASB Secara Online Menggunakan Aplikasi myASNB

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang mencari cara untuk transfer duit ke akaun ASB menggunakan aplikasi myASNB secara online.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post