Drama Derhaka Sebuah Cinta Di Astro Ria

Drama Derhaka Sebuah Cinta Di Astro Ria

Saksikan drama terbaru Derhaka Sebuah Cinta yang akan menemui penonton mulai 6 Februari 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104. Drama ini menggantikan Nikah Cerai Rujuk.

Selain itu, penonton juga boleh strim secara online di Astro Go atau langgan Sooka.my serendah RM15.90 sebulan untuk mendapatkan akses 4 episod terbaru sekali gus setiap hari Isnin.

Drama 20 episod yang merupakan bukan drama adaptasi ini merupakan terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ejump Mohd dengan nukilan skrip daripada Nieza Nahar.

Sinopsis Drama Derhaka Sebuah Cinta

Drama Derhaka Sebuah Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Zara Zya, Intan Ladyana, Nazrief Nazri, Sabhi Saddi, Nur Syuhada, Sahronizam Noor, Farisha Irwayu, Zulkifli Ismail, Aleesya dan ramai lagi.

  • Aaron Aziz sebagai Azmeer
  • Zara Zya sebagai Dahlia
  • Intan Ladyana sebagai Kyra
  • Nazrief Nazri sebagai Naufal
  • Zulkifli Ismail sebagai Haji Tahir
  • Farisya Irwayu sebagai Datin Karmila
  • Sahronizam Noor sebagai Dato Norman
  • Nur Syuhada sebagai Juita
  • Sabhi Saddi sebagai Dr. Izzudin

Ianya mengisahkan tentang pasangan cinta Dahlia yang dikhianati oleh suaminya sendiri, Azmeer apabila dia membuat keputusan meninggalkannya untuk bersama isteri barunya, Kyra dan juga rakan baik Dahlia sejak daripada sekolah.

Bukan itu sahaja, anak Dahlia yang baru lahir turut diambil oleh Azmeer sebagai pengganti kepada arwah anak Kyra dan dengan sebab itulah Dahlia terus berada dalam kesedihan.

Akibat kekecewaan tersebut, Dahlia merancang untuk membalas dendam dan memusnahkan kebahagian Azmeer berama isteri barunya tersebut.

Drama Derhaka Sebuah Cinta Di Astro Ria

Drama Derhaka Sebuah Cinta Di Astro Ria

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Derhaka Sebuah Cinta Di Astro Ria"