Pemenang Program All Together Now Malaysia Musim Kedua 2022-2023

Khairul muncul juara All Together Now Malaysia 2 tahun 2022-2023

Satu program mencari bakat yang sebelum ini menjadi fenomena di seluruh negara termasuk di Malaysia iaitu All Together Now Malaysia (ATNM) untuk musim kedua telah melabuhkan tirainya pada malam tadi.

Tahniah diucapkan kepada Khairul Nizam yang telah dinobatkan sebagai juara ATNM musim kedua apabila mengalahkan 2 lagi peserta lain dalam pusingan sing-off iaitu Jasper dan Lazarul sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai utama.

Seramai 16 orang peserta yang dipilih dari setiap minggu telah bersaing pada pentas akhir ini. Hanya seorang sahaja pemenang yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 beserta trofi pertandingan.

Finalis telah dipilih setiap minggu dimana hanya 2 daripada 3 peserta yang mendapat markah tertinggi berjaya mara ke peringkat ini selepas membuat persembahan nyanyian dihadapan barisan juri. 

Program ini berbeza dengan program realiti tv yang lain kerana markah sepenuhnya ditentukan oleh 50 barisan orang juri. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti penyanyi, komposer, pelakon, pelawak, penyampai radio dan sebagainya.

Antara yang terlibat seperti Datuk Syafinaz sebagai kapten juri, Ajai, Tomok, Izzue Islam, Datuk Aznil Hj. Nawawi, Amir Masdi, Aisha Retno, Bunga, Ara Johari, Joey Daud, Rozita Che Wan, Jacklyn Victor dan ramai lagi.

BACA : Senarai Penuh 50 Juri All Together Now Malaysia 2 2022-2023

Tahniah kepada pemenang dan 15 lagi peserta akhir All Together Now Malaysia 2 tahun 2022-2023 yang mampu menunjukkan bakat dalam bidang nyanyian dan berani berhadapan dengan 50 orang juri.

ATNM musim kedua yang dihoskan oleh Sherry Al-Hadad ditayangkan di Astro setiap minggu dengan lebih daripada 200 orang peserta menunjukkan bakat mereka masing-masing sepanjang 8 minggu ia berlangsung.

Ianya bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 di saluran Astro Ria 104 dan juga boleh strim secara online di Astro Go.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post