Review Drama Siri Nenek Bongkok Tiga Di VIU

Review Drama Siri Nenek Bongkok Tiga Di VIU

Sejak Hilang, kini aku dah loking forward untuk tonton drama siri original daripada VIU dan terbaru yang diumumkan adala siri Nenek Bongkok Tiga yang ditayangkan mulai 9 Februari 2023, bersiaran setiap hari Khamis. Tapi untuk minggu pertama diberi 2 episod terus.

BACA : Info Penuh Drama Siri Nenek Bongkok Tiga VIU

Siri ini dimainkan untuk 10 episod kesemuanya. Ini juga merupakan drama kedua selepas She Was Pretty arahan Datuk Yusry Abdul Halim. Dengan genre thriller fantasi yang diterapkan, pasti menarik jalan cerita drama ni.

Sinopsis Nenek Bongkok Tiga

Dalam kisah fantasi thriller ini, lapan orang telah diculik dan dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di Hutan Bukit Luruh, yang cukup dikenali sebagai lokasi orang hilang. Satu-satunya penghuni rumah agam tersebut, Nenek menuduh sekumpulan ini menceroboh kawasan yang dimiliki oleh satu entiti yang dikenali sebagai Tuan Tanah.

Untuk keluar daripada rumah agam tersebut, mereka perlu melakukan beberapa cabaran. Pada awalnya, kumpulan ini saling bekerjasama, tetapi cabaran yang ditetapkan oleh Tuan Tanah misteri kemudiannya memaksa mereka untuk mengkhianati satu sama lain untuk terus hidup.

Sedikit demi sedikit, misteri Bukit Luruh mula terungkai, dan niat tersembunyi Nenek didedahkan.

Review Drama Siri Nenek Bongkok Tiga Di VIU

Review Nenek Bongkok Tiga

Kita rakyat Malaysia pasti dah biasa dan pernah dengar tentang 'Nenek Bongkok Tiga' iaitu sebuah permainan kanak-kanak yang rasanya semua orang pernah main masa kita kecil dulu terutamanya tahun 90-an.

Dikatakan dalam drama siri ini kita akan disajikan dengan banyak permainan kanal-kanak kita dahulu tetapi ianya ditukar kepada sebaliknya. Kalau biasanya, kita main gembira sahaja, tetapi dalam cerita ini, permainan-permainan tersebut menjadi mendebarkan dan menentukan antara hidup dan mati.

Jadi untuk dua episod pertama ini, kita telah disajikan dengan 2 sahaja permainan tersebut iaitu OSOM dan DATUK HARIMAU. Walaubagaimanapun, hanya mula dimainkan pada episod 2 sahaja. Episod 1 masih pengenalan. Ada yang katanya nak ikut Squid Game. Biarkan je, at least akan gunakan permainan tradisi kita sendiri.

Review Drama Siri Nenek Bongkok Tiga Di VIU

Cerita ni mula-mula jah dah bagi kita suspen apabila ada orang yang pernah hilang dan kini muncul kembali selepas bepuluh tahun. Tapi ianya tergantung macam tu sahaja. Aku pasti dia akan muncul lagi lepas ni untuk episod-episod seterusnya.

Sama macam Hilang, Nenek Bongkok Tiga ni juga mengenakan warna yang redup dan bagi aku best dan sejuk je tengok disamping suspen juga la. Jadi sinematografik kali ini terbaik yang disajikan kepada penonton. Tahniah VIU.

Sepertinya banyak CGI dan 'Green Screen' yang digunakan, tapi tidaklah terlalu teruk. Setakat ni nampak cantik untuk babak di dalam hutan dan gua. Atas bangunan je la nampak sangat. Tapi ok je. Tak menjejaskan apa-apa pun.

Untuk barisan pelakon, semua terbaik lagi-lagi kalau ada Sara Ali. Selain itu ada juga, Hun Haqeem, Merqeen, Syafie Naswip dan ramai lagi. Aku macam kurang sikit bila pelakon senior seperti Ashraf Muslim dan Syazwan Zulkifly bersama dengan pelakon-pelakon muda ni. Dia macam tak blend la. Tapi untuk episod 2 dieorang dah mati dan aku tak pasti akan ada lagi tak kedua watak tu untuk next episode.

Skor muzik yang digunakan juga best. Masih ada unsur gementar dan suspen. Lagi-lagi pula dia gunakan jam berdetik macam Stranger Things. Seram juga kalau dengar. Tapi yang penting, pengarah dia cakap, cerita ni tiada hantu pun. Jangan risau!

Review Drama Siri Nenek Bongkok Tiga Di VIU

Review Drama Siri Nenek Bongkok Tiga Di VIU

Walaupun tiada hantu, tetapi ianya untuk tontonan 18 tahun ke atas tau. Sebab akan ada adegan bunuh, darah dan gaduh. Disamping itu, banyak kata-kata kesat yang dikeluarkan. Mungkin tak sesuai lah kalau nak tonton dengan budak-budak. Di Astro juga ada ditayangkan, tapi semuanya sudah ditapis. Ada yang di 'blur' kan dan di 'mute' kan. Nak full access, tengok di VIU.

Akhir sekali, untuk jalan cerita bagi episod awal ni, bagi aku terbaik dan tidak melerek pun. Pengenalan kepada semua watak yang mempunyai cerita tersendiri. Kemudian diolah sehingga membawa kepada kenapa mereka dibawa ke rumah tersebut. Untuk 2 episod ni, nampaknya kita tak tahu lagi sebab kukuh kenapa mereka berada di sana.

Jadi aku looking forward untuk episod seterusnya selepas ini. Nak tengok permain apa yang dimainkan. Mungkin akan ada main sorok-sorok, teng-teng, polic entry, galah panjang, guli, gasing, tarikh upih kelapa dan macam-macam lagi.

Rating Nenek Bongkok Tiga : 8/10 ⭐

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post