Siaran Langsung Final China Vs Korea Di BAMTC Dubai 2023

Siaran Langsung Final China Vs Korea Di BAMTC Dubai 2023

Kini kita sudah mempunyai finalis yang akan bersaing di pusingan akhir Badminton Asia Mixed Team Championship 2023 iaitu antara China dan Korea yang akan beraksi pada 19 Februari 2023, hari Ahad bertempat di Dubai Exhibition Centre, UAE.

India terus memberikan saingan yang baik kepada juara bertahan, China dan akhir terpaksa akur apabila tewas 2-3. Manakala Korea meneruskan kecemerlangan sama seperti di suku akhir apabila menumbangkan Thailand dengan mata 3-1.

Korea merupakan finalist untuk edisi pertama tahun 2017, manakala China merupakan penyandang juara untuk edisi 2019. Jadi untuk edisi ketiga tahun 2023 ini, pasukan manakah yang akan pulang dengan kejuaraan agaknya?

Jadual Dan Keputusan Final Di BAMTC Dubai 2023

Untuk final yang mempertemukan antara China dan Korea ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Supersport 814 dan secara online di Astro Go.

Berikut merupakan jadual, keputusan dan senarai pemain bagi setiap kategori untuk final BAMTC kali ini. Masa yang dipaparkan adalah mengikut waktu Malaysia.

19 Februari 2023 (Ahad) - Final

China (3) - (1) Korea - 6.00PM

[MS] Lei Lan Xi (CHN) vs (KOR) Lee Yun Gyu - [21-16, 21-15]

[WS] Gao Fang Jie (CHN) vs (KOR) Kim Ga Eun - [21-15, 21-15]

[MD] He Ji Ting/Zhou Hao Dong (CHN) vs (KOR) Kim Won Ho/Na Sung Seung - [21-19, 16-21, 17-21]

[WD] Liu Sheng Shu/Tan Ning (CHN) vs (KOR) Jeong Na Eun/Lee So Hee - [21-11, 21-10]

[XD] Feng Yan Zhe/Hunag Dong Ping (CHN) vs (KOR) Kim Young Hyuk/Lee Yu Lim

China juara Badminton Asia Mixed Team Championship 2023 (BAMTC)

Untuk dapatkan jadual dan keputusan penuh sepanjang kejohanan BAMTC Dubai 2023, anda boleh rujuk di pautan ini.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post