Siaran Langsung Badminton Malaysia Vs India Di BAMTC Dubai 2023

Siaran Langsung Badminton Malaysia Vs India Di BAMTC Dubai 2023

Untuk perlawanan ketiga dan juga terakhir bagi peringkat kumpulan, Malaysia akan berdepan dengan pasukan India pada 16 Februari 2023, hari Khamis juga bertempat di Dubai Exhibition Centre, UAE.

Untuk perlawanan pertama dan kedua, Malaysia telah memenangi kemenangan bersih 5-0 ketika bertemu UAE dan Kazakhstan. Manakala India juga menempah kejayaan yang sama dengan menyapu bersih untuk semua perlawanan.

Kini kedua-dua pasukan akan berentap kali terakhir dalam Kumpulan B dan ianya adalah penentu untuk pasukan yang berada di tempat pertama atau juara dan naib juara. Yang pastinya, kedua-duanya kini sudah selangkah ke pusingan suku akhir.

Senarai Pemain Dan Keputusan Malaysia Vs India Di BAMTC Dubai 2023

Seperti yang diumumkan, tayangan siaran langsung di Astro Supersport 814 hanya akan bermula pada pusingan suku akhir sehinggalah final. Untuk peringkat kumpulan akan ditayangkan secara live streaming di platform online.

Anda boleh strim di youtube rasmi Badminton Asia di @BadmintonAsia hanya untuk Court 1 dan di instragram @badmintonasia.official untuk Court 2. Tiada live untuk Court 3 dan Court 4.

Berikut merupakan jadual, keputusan dan barisan pemain yang akan bertanding dalam perlawanan ini untuk Malaysia dan India. Masa adalah mengikut waktu Malaysia dan mungkin akan ada perubahan waktu mengikut keadaan semasa.

16 Februari 2023 (Khamis)

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (IND) Prannoy H. S. - [21-18, 13-21, 23-25]

[WS] Wong Ling Ching (MAS) vs (IND) Pusarla V. Sindhu - [13-21, 17-21]

[MD] Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) vs (IND) Dhruv Kapila/Chirag Shetty - [21-16, 21-10]

[WD] Pearly Tan/M Thinaah (MAS) vs (IND) Treesa Jolly/Gayatri G Pullela - [21-23, 15-21]

[XD] Chen Tang Jie/Toh Ee Wei (MAS) vs (IND) Ishaan Bhatnagar/Tanisha Crasto - [19-21, 21-19, 16-21]

*India sebagai juara kumpulan dan Malaysia tempat kedua berjaya mara ke pusingan suku akhir

Anda boleh dapatkan jadual dan keputusan penuh bagi pasukan lain dalam Kumpulan B dengan merujuk di Jadual & Keputusan Badminton Asia Mixed Team Championships 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post