Siaran Langsung Badminton Malaysia Vs UAE Di BAMTC Dubai 2023

Siaran Langsung Badminton Malaysia Vs UAE Di BAMTC Dubai 2023

Pemain-pemain badminton Malaysia akan turun berdepan dengan pasukan tuan rumah, United Arab Emirates (UAE) pada perlawanan pertama di peringkat kumpulan pada 14 Februari 2023, hari Selasa bertempat di Dubai Exhibition Centre, UAE.

Badminton Asia Mixed Team Championships 2023 (BAMTC) akan berlangsung bermula peringkat kumpulan dari 14 hingga 16 Februari 2023. Setiap pasukan akan bermain dalam 5 kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita serta beregu lelaki, wanita dan campuran.

Setiap pasukan perlu mengumpul sebanyak mata yang boleh dari setiap pusingan dan kategori yang dipertandingkan bagi melayakkan pasukan untuk terus bersaing di peringkat kalah mati. Hanya juara dan naib juara sahaja yang layak ke pusingan seterusnya.

Senarai Pemain Dan Keputusan Malaysia Vs UAE Di BAMTC Dubai 2023

Seperti yang diumumkan, tayangan siaran langsung di Astro Supersport 814 hanya akan bermula pada pusingan suku akhir sehinggalah final. Untuk peringkat kumpulan akan ditayangkan secara live streaming di platform online.

Anda boleh strim di youtube rasmi Badminton Asia di @BadmintonAsia hanya untuk Court 1 dan di instragram @badmintonasia.official untuk Court 2. Tiada live untuk Court 3 dan Court 4.

Berikut merupakan jadual, keputusan dan barisan pemain yang akan bertanding dalam perlawanan ini untuk Malaysia dan UAE. Masa adalah mengikut waktu Malaysia dan mungkin akan ada perubahan waktu mengikut keadaan semasa.

14 Februari 2023 (Selasa)

  • Malaysia (5) - (0) UAE - 5.00 Petang di Court 1 (live) (Live)

[MS] Lee Zii Jia (MAS) vs (UAE) Bharath Latheesh - [21-12, 21-15]

[WS] Goh Jin Wei (MAS) vs (UAE) Madhumitha Sundarapandian - [21-0, 21-7]

[MD] Teo Ee Yi/Ong Yew Sin (MAS) vs (UAE) Dev Ayyapan/Dhiren Ayyappan - [21-11, 21-13]

[WD] M. Thinaah/Pearly Tan (MAS) vs (UAE) Sanika D Gurav/Taabia Khan - [21-9, 21-8]

[XD] Tan Kiang Meng/Lai Pei Jing (MAS) vs (UAE) Dev Vishnu/Aleena Qathun - [21-10, 21-9]

Jika anda ingin dapatkan jadual dan keputusan penuh bagi pasukan lain, anda boleh rujuk di Jadual & Keputusan Badminton Asia Mixed Team Championships 2023

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post