Siaran Langsung Keputusan PDRM Vs Perak Liga Super 2023

Siaran Langsung Keputusan PDRM Vs Perak Liga Super 2023

Liga Super 2023 untuk minggu kedua bakal mempertemukan PDRM FC vs Perak FC bagi aksi pertama dimana perlawanan tersebut bakal diadakan pada 28 Februari 2023, hari Selasa bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Jika dilihat daripada aksi pertama bagi kedua-dua pasukan ini dimana kesudahannya hampir sama iaitu masing-masing tewas kepada pasukan lawan masing-masing dengan jumlah jaringan 4 gol. Tambah perit lagi, Perak telah kehilangan seorang pemain apabila dilayangkan kad mereka ketika itu.

Jadi perlawanan ini pastinya kedua-dua pasukan inginkan kemenangan sekali gus mampu menaikkan moral bagi seluruh pasukan dan tonik terbaik bagi meneruskan perlawanan yang akan datang selepas ini.

Jadual Dan Tayangan Siaran Langsung PDRM vs Perak Dalam Liga Super 2023

Jadi untuk kedua-dua penyokong bagi kelab masing-masing, boleh datang ke stadium bagi memeriahkan perlawanan dan terus memberikan sokongan padu dengan dapatkan tiket perlawanan yang boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my

Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, jangan risau, anda boleh saksikan secara langsung menerusi saluran Astro Arena Bola 803 atau secara online di Astro Go. Selain itu, boleh beli pas 1-perlawanan di Sooka dengan harga RM4.90 sahaja.

Jadi penyokong dan peminat bola sepak tempatan, jangan lupa temu janji kita pada hari Selasa ini, sepak mula adalah pada jam 9.00 malam. Ini jadual penuh dan keputusan antara PDRM FC dan Perak FC untuk aksi Liga Super 2023 LS2

28 Februari 2023 (Selasa)

FT : PDRM (0) - (0) Perak

Masa : 9.00 Malam
Tempat : Stadium MBPJ
Tayangan : Arena Bola 803
Live Streaming : Link 1 | Link 2

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post